Tidak dinafikan, setiap orang pasti berasa takut apabila berdepan dengan haiwan yang jarang atau pertama kali nampak depan mata. Walaupun haiwan ni bukan jenis karnivor, mahupun berbisa tetapi tetap ada individu yang gelabah dan takut jika digigit. Mungkin itulah perasaan yang terjadi pada sekumpulan anak muda.
BACA:Â Adik Gagal Tahan Sebak Jadi Wali, Berat Nak Lepaskan Kakak Jadi Isteri Orang
Biri-biri semangat nak salam kenal…kejung & cuak kalah perempuan, rakan jadi tempat untuk berpaut
Menerusi pengguna di aplikasi TikTok, saudara Amran Amri telah berkongsi telatah lucu rakan-rakannya ketika makan angin di Cameron Highland. Sewaktu ingin turun tangga, mereka bertiga terkaku dengan kehadiran dua ekor biri-biri putih. Kedua-duanya, turut seolah-olah menyakatnya apabila sengaja rapat ke arah mereka yang tengah menjerit ketakutan. Paling mencuri tumpuan, seorang pemuda sampai panjat dan berpaut di atas rakannya lalu turun lari ke arah Amran yang sedang merakam.
@amranamri93 Bengai @mohamadramli takut dengan rusa, kesian @nitchhh__ 🤣🤣🤣
Anak jantan penakut kalah perempuan, tu bukan harimau…kesian member menggigil tahan berat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur menyaksikan gelagat lucu mereka bertiga. Bukan sahaja simpati dengan nasib pemuda berkenaan, mereka juga sempat berseloroh bahawa sifat penakutnya berlebihan sedangkan itu hanyalah haiwan yanag makan tumbuh-tumbuhan saja. Secara keseluruhannya, video berdurasi 25 saat ini telah meraih lebih 900 ribu tontonan.
Sumber: TikTok @amranamri93
Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura
Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.
![Kisah Dunia [VIDEO] ‘Kejung’ Disakat Biri-Biri, Lelaki Cuak Sampai Panjat Badan Member](https://erinsakura.com/wp-content/uploads/2020/06/erinsakura.com-f684de1403acaf4a56f6d688703eb6e8.jpg)