Seperti yang diketahui ramai, pada bulan Ramadhan yang mulia ini ganjaran pahala bagi semua jenis ibadat, sama ada yang wajib atau sunat akan dilipat gandakan. Maka tidak hairanlah bahawa pada waktu ini ramai orang akan berlumba-lumba melaksanakan amal ibadat, terutama sekali solat tarawih. Namun begitu, tahukah anda bahawa di Indonesia sangat terkenal dengan budaya mengerjakan ibadat tersebut dengan kelajuan yang cukup pantas!
BACA:Â “Habis Rakaman, Baru Perasan Pakai Kasut Sebelah Lain Sebelah Lain” – Imam Muda Asyraf
Menerusi sebuah video yang tular di laman media sosial Twitter baru-baru ini, ianya memaparkan sekumpulan jemaah di negara republik itu yang selesai rutin solat 2 rakaat itu cuma dalam tempoh kurang dari seminit. Malah si imam juga kelihatan seperti terkumat-kamit ketika membacakan surah Al-Fatihah dan surah lazim.
Video solat tarawih ekspres di Indonesia…Laju!
https://twitter.com/nisyaptrr/status/1125427464732270592
Difahamkan, sesetengah masyarakat di sana telah beratus tahun mengamalkan rutin sedemikian. Secara keseluruhan, mereka mampu mengerjakan sebanyak 23 rakaat, termasuk Witir dalam masa kurang daripada 10 minit sahaja.
Berikut pula adalah antara reaksi netizen Malaysia terhadap amalan tersebut.
Tak pening ke solat macam tu?
Laju2 nak pergi mana? Allahuakbar
Kalau nak laju macam tu solat sorang2 jela tak payah jadi imam
Solat betul-betul…tapi takde toma’ninah langsung ni…
Sumber: Twitter nisyaptrr