[VIDEO] Gelagat Pemain Bowling Ini Jadi Viral, Campak Bola Melayang ‘Ke Bulan’

“Sikit-sikit masuk Iongkang. Bila nak dapatkan strike ni?” Keluhan sebegini pasti sering kedengaran jika anda bertandang ke pusat bowling di pusat membeli-belah bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Sama seperti jenis-jenis sukan yang lain, tidak semua orang dilahirkan dengan bakat kemampuan yang sangat tepat. Sebab itulah bermacam-macam gelagat manusia boleh dilihat semasa bermain sukan indoor tersebut.

BACA: Teruja Main Di Taman Tema Air, Babak Nenek Jatuh Pelampung Jadi Viral

Gambar sekadar hiasan

Bola bowling strike ke bulan

Advertisement

Antara kesilapan yang sering terjadi sewaktu bermain bowling adalah seperti bola terus bergolek di dalam ‘Iongkang’, tersalah masuk lorong atau tercicir bola saat mahu membalingnya. Bagaimanapun, gelagat yang ditampilkan oleh seorang lelaki ini nyata sangat luar biasa sewaktu dia dirakam oleh rakan-rakan ketika berkunjung di sebuah pusat bowling di Kuantan. Bola di tangannya bukan sahaja gagal menjatuhkan sebarang pun, namun tak semena-mena telah melayang tinggi ke udara.

Siling berlubang…pemain jatuh tersungkur malu

Gara-gara insiden yang tak terjangka itu, bola tersebut telah terpecahkan salah satu panel siling di pusat bowling berkenaan. Sementara itu, penderitaan lelaki berbaju lengan panjang terbabit tak terhenti di situ saja apabila memasuki lorong bowling pula sekali gus tersungkur kerana permukaan yang terlalu licin.

Advertisement

Tak boleh bayangkan kalau bola tu jatuh balik atas kepala..

Secara keseluruhannya, video slow motion berkenaan telah meraih 20 ribu retweets dan ditonton lebih 240 ribu kali selepas dimuat naik oleh pengendali akaun bernama @hazrilazharudin. Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen nyata terhibur melihat reaksi yang ditampilkan pemuda itu. Mereka turut tertanya-tanya ke manakah bola itu berada serta berapakah jumlah nilai ganti rugi yang perlu dibayar atas kerosakan siling tersebut.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter hazrilazharudin

Advertisement
Advertisement