Viral

Teruja Main Di Taman Tema Air, Babak Nenek Jatuh Pelampung Jadi Viral

Gara-gara kesibukan kerja terhadap karier masing-masing, ramai yang pasti mengambil kesempatan yang ada untuk meluangkan masa cuti bersama ahli keluarga. Selalunya, golongan kanak-kanak paling berasa teruja untuk berhibur manakala mereka yang agak berusia pula dibiarkan duduk berehat di rumah. Namun, berbeza pula dengan keluarga gadis ini kerana mempunyai nenek yang berperwatakan ceria dan aktif seperti orang muda. 

BACA: [VIDEO] Terkincit Gelak Gelagat Nenek Aliff Syukri Naik Motor Lucu Habis

Ajak pergi taman tema air

Advertisement

Menerusi posting oleh saudari @joxxanna di laman Twitter, dia sempat merakam beberapa moment ketika keluarganya berkunjung ke sebuah taman tema air. Dia menyatakan bahawa neneknya yang sangat sporting terlebih dahulu mencadangkan mereka untuk ke sana. Dalam rakaman video itu, memaparkan 3 orang wanita menaiki pelampung dan salah seorang daripada mereka adalah nenek tersebut.

Advertisement

Pelampung tiba-tiba terbalik

Dengan tidak semena-mena, satu ombak yang kuat telah menterbalikkan pelampung yang dinaiki. Ketiga-tiga mereka kelihatan terkejut terutamanya warga emas berkenaan. Ternyata insiden spontan itu sangat lucu apabila perakam juga tidak dapat menahan tawa saat melihatnya. Di samping itu, gadis ini turut ada berkongsi video serta foto lain yang menunjukkan aksi lucu dan ceria neneknya itu semasa mereka sekeluarga berkunjung ke rumah terbalik dan pusat karaoke.

Advertisement

 

Non-stop aku gelak

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan respon yang positif serta terhibur dengan telatah nenek yang comel ini. Tidak ketinggalan juga, ada yang turut memuji keluarga bahagia ini. Walaupun cuma berdurasi 33 saat, video itu telah mendapat sebanyak 188 ribu tontonan dan 11 ribu retweets setakat ini. 

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter joxxanna

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram