Melangkah masuk ke alam rumah tangga, seorang suami mendapat satu amanah baru. Selain membimbing isteri dengan baik, suami juga perlu menyediakan nafkah dari segi makan minum serta tempat tinggal buat isteri dan anak-anak. Topik berkaitan nafkah ini juga turut dihuraikan serta diperkatakan dengan lebih lanjut oleh seorang individu di laman Facebook.Â
BACA:Â Hidup Resah Rezeki Sempit, Inilah Padah Jika Putuskan Silaturahim KeluargaÂ
Nak makan sesuatu, beli je. Esok belum tentu hidup lagi
Menerusi perkongsian saudara Zul Fikarullah, dahulu dirinya seorang yang kedekut dan jarang menggunakan wangnya untuk orang lain. Namun setelah beberapa kali ditegur oleh isteri supaya bersikap lebih pemurah, ternyata ada perubahan positif yang berlaku pada dirinya. Lelaki tersebut perlahan-lahan berubah dengan membelanjakan duitnya untuk keluarga dan juga rakan-rakan.Â
Doa isteri dan anak mungkin asbab rezeki yang diperolehi
Jelasnya lagi, rezeki yang ada pada kita hanyalah pinjaman daripada Yang Maha Esa. Bila-bila masa sahaja boleh ditarik semula tanpa kita jangka. Oleh sebab itu, pemuda berkenaan menasihati supaya usahlah terlalu berkira soal rezeki terutamanya dengan anak-anak dan juga isteri. Dia percaya dalam setiap rezeki yang dimiliki ada bahagian untuk mereka. Malah doa daripada mereka juga antara asbab soal kewangan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Bahagiakanlah ibu bapa selagi masih ada
Selain daripada mengambil berat soal anak dan juga isteri, rajin-rajinkanlah juga menjenguk serta menjaga ibu bapa. Jelasnya lagi, tanpa usaha dan penat-lelah mereka berdua membesarkan kita, mungkin tidak wujud erti kejayaan dalam kamus hidup. Walaupun mungkin jasa mereka tidak dapat dibalas semula dengan wang ringgit, namun cukuplah dengan membahagiakan hidup ibu bapa selagi ada.Â
Sumber: Facebook Zul FikarullahÂ