Artis Hiburan Viral

Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum

Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum

Sharing is caring!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita tinggi lampai yang bernama Ain Edruce ini? Pada 13 Disember yang lalu, selebriti yang berusia 28 tahun ini telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, seorang ahli perniagaan iaitu Amirul Hafiz Mustaffa. Beberapa hari yang lepas, video yang memaparkan gelagat ‘gila-gila’ Ain Edruce menyanyikan sebuah lagu rap di majlis perkahwinannya telah menjadi tular di media sosial.

BACA: [VIDEO] Buat Perangai Gila-Gila Masa Wedding, Ain Edruce Cetus Tawa Ramai

Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum

Pre-wedding paling gempak

Baru-baru ini, paparan video pre-wedding pelakon drama komedi ‘J.K.K’ ini pula mendapat perhatian ramai netizen apabila dikongsi kembali oleh seorang pengguna akaun Twitter bernama @iansyafff. Berbeza dengan personaliti mereka yang selalunya ‘happy go lucky‘, video ini menampilkan pengantin baru ini lebih menonjolkan perasaan serius serta sarat dengan pelbagai aksi.


Video yang rare…macam dalam filem

Dalam video ini, Ain dan suaminya berlakon seperti babak dalam filem. Aksi Ain yang memandu kereta dan melakukan drift juga membuatkan pre-wedding ini kelihatan rare dan berbeza dengan tema pre-wedding kebiasaan yang lain. Walaupun mereka tidak melontarkan sebarang dialog, namun konsep dan pengisian video ini tetap menggambarkan erti hubungan antara dua insan ini. 

Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum

Nak tengok rakaman behind the scene

Menerusi perkongsian itu, video pre-wedding pengantin baru ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada juga yang berseloroh mahu menyaksikan gelagat mereka di sebalik tabir pembikinan video itu. Walapun sedutan video yang dikongsi ini cuma berdurasi 29 saat, setakat ini video ini telah meraih lebih daripada 41 ribu jumlah tontonan


Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum

Sumber: Twitter iansyafff  & Youtube Ain Edruce

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Unik & Gempak Habis, Video Pre-Wedding Ain Edruce Buat Ramai Netizen Kagum

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram