Tragedi Australia Ragut Nyawa Bomba, Anak Dipakaikan Pingat Sambil Hisap Puting

Sehingga kini, negara Australia sedang bergelut untuk meneruskan hidup susulan tragedi kebakaran hutan paling buruk dalam sejarahnya. Sebahagian besar hutan semula jadi penting di benua itu telah terjejas, sekali gus menyebabkan jutaan haiwan termasuklah kangaru dan beruang koala kehilangan nyawa. Meskipun seluruh dunia sedang bekerjasama untuk menangani fenomena berkenaan, namun api yang marak meluas belum lagi menunjukkan sebarang tanda akan terpadam dalam masa terdekat

BACA: Ibu Cemas Nyaris Kehilangan Bayi Bila Kereta Terbalik, Tapi Hebat Kuasa Allah

Advertisement

Anggota bomba berdepan tugas mencabar…ada yang terbabit tragedi

Kebakaran yang diburukkan lagi ekoran faktor suhu tinggi dan angin kencang turut menyebabkan pasukan bomba terpaksa bertungkus-lumus demi menyelamatkan nyawa penduduk tempatan. Lebih menyedihkan, 2 orang anggota bomba iaitu Geoffrey Keaton dan Andrew O’Dwyer telah ditimpa tragedi selepas trak mereka dihempap pokok ketika dalam perjalanan memadamkan kebakaran di Green Wattle Creek berdekatan bandar Buxton pada 19 Disember lalu.

Geoffrey Keaton

Anak dipakaikan pingat keberanian sambil hisap puting

Advertisement

Semasa majlis pengebumian Geoffrey Keaton, anak lelakinya yang baru berusia 19 bulan itu telah menjadi perhatian dunia apabila dipakaikan pingat keberanian oleh Pesuruhjaya Bomba New South Wales, Shane Fitzsimmons. Lengkap mengenakan uniform bomba sambil menghisap puting getah, penampilan Harvey Keaton turut menambahkan lagi suasana hiba para hadirin.

Advertisement

Seluruh unit bomba puji pengorbanan Geoffrey Keaton

Majlis yang berlangsung di New South Wales, Australia itu bukan saja dihadiri oleh ahli keluarga Keaton. Malah puluhan anggota bomba turut membentuk formasi sebagai tanda hormat atas jasa dan keberaniannya. Pemimpin tertinggi Australia turut bersimpati serta mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan khidmat sukarelawan bomba berusia 32 tahun berkenaan.

Advertisement

Sumber: FB NSW Rural Fire Service & CNN

Advertisement
Advertisement