Berita Semasa Keibubapaan

“Tolonglah Bawa Balik Anak Saya” – Bapa Luah Pilu Pelajar Terkandas Di Shandong

Sejak minggu lepas, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China menjangka jangkitan koronavirus boleh terus meningkat berikutan keupayaan wabak itu tersebar semakin cepat. Oleh sebab itu, negara republik tersebut telah mempergiat larangan keluar masuk rakyatnya sebagai usaha untuk mengekang penyebaran virus terbabit. Namun begitu, tindakan ini sekali gus menyebabkan rakyat asing yang berada di sana turut terkandas.

BACA: “Doakan Kami Selamat..” -Warga Hosp. Sungai Buloh Risau Penangan Koronavirus

Gambar sekadar hiasan

Tolonglah bawa balik anak saya…

Menerusi satu pendedahan oleh portal Malaysia Gazette, seorang bapa merayu supaya pihak kerajaan Malaysia boleh membawa anaknya pulang selepas usahanya untuk mencari penerbangan keluar dari wilayah itu menjadi buntu. Difahamkan Nurul Atiqah Adanan yang juga merupakan penuntut di Universiti Shandong sudah membeli tiket penerbangan untuk transit ke Bangkok, tetapi Thailand sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menerima penumpang dari China.

Advertisement

Susah hati selagi tiada depan mata…nasib dia hanya Allah yang tahu

Dengan nada sayu, Adanan Long meluahkan bahawa dia dan seluruh ahli keluarga sangat risau memandangkan mereka langsung tidak dapat menghulurkan sebarang bantuan kepada wanita berusia 26 tahun tersebut. Selain itu, Atiqah juga pernah memaklumkan bahawa dia berasa terancam untuk terus tinggal di Jinan. Namun begitu, adalah sangat berisiko untuk menuju ke Beijing pada masa ini berikutan peningkatan laporan koronavisrus. Atiqah Adnan merupakan penerima biasiswa daripada Kerajaan China dan sedang menyiapkan kertas pembentangan untuk mewakili negara di Bangkok pada Februari ini.

Advertisement

Advertisement
Kedudukan Jinan, Shandong yang sangat dekat dengan Wuhan dan kawasan aktif wabak

Sumber: Malaysia Gazette, FB Khairul Bariyyah Mustafa & Atiqah Adanan

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram