Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda

2nd February 2020
in Berita Semasa, Viral
“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Dalam apa jua agama atau budaya sekali pun, perkahwinan adalah sebuah ikatan suci antara seorang lelaki dan wanita serta cara untuk menjamin kelangsungan keturunan masing-masing. Akan tetapi, realiti pada hari ini memaparkan institusi rumah tangga semakin goyah apabila semakin banyak perpisahan berlaku. Baru-baru ini, kecoh pula dengan berita seorang isteri nekad berpisah gara-gara suaminya enggan mandi.

BACA: Ayah Sibuk Mandikan Baby Girl, Si Abang Pula Datang Tanya Soalan Mengejutkan

Tak sanggup tinggal bersama…tolong bebaskan saya

Pelik serta tidak masuk akal. Namun itulah antara realiti yang menyebabkan suami isteri gagal mempertahankan perkahwinan. Portal Times of India melaporkan wanita bernama Soni Devi akui sudah tidak tahan lagi untuk meneruskan hidup bersama suaminya, Manish Ram yang mandi cuma sekali saja dalam tempoh 10 hari. Dia merayu kepada pihak mahkamah untuk meluluskan permohonannya atas dakwaan lelaki yang dinikahinya itu malas memberus gigi dan tiada adab.

“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda

“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda
Gambar sekadar hiasan

Sia-sia jika perkahwinan ini diteruskan

Dedah wanita itu lagi, dia tidak ralat untuk menjadi seorang janda pada usia 20 tahun memandangkan mereka belum mempunyai sebarang zuriat dan hubungan mereka makin berenggang setiap hari. Selain berpisah, Soni juga menuntut suaminya yang bekerja sebagai tukang paip itu untuk memulangkan kesemua hadiah pemberian daripada keluarganya sempena perkahwinan mereka dahulu.

“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda

Suami mahu selamatkan perkahwinan & cuba ubah gaya hidup

Dalam pada itu, pemuda berusia 23 berkenaan memberitahu portal berita tersebut bahawa dia masih mahu hidup bersama dengan isterinya. Malah Manish Ram turut menyatakan bahawa dia akan cuba mengubah gaya hidupnya demi menyelamatkan rumah tangga tersebut. Susulan permohonan itu, anggota Suruhanjaya Wanita Negeri (SWC) memberikan tempoh dua bulan kepada mereka untuk menyelesaikan konflik tersebut sebelum dirujuk semula ke mahkamah.

“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda

Sumber: Harian Metro & Times Of India

Tags: 10 hariindiaisterimintapisahsekalisuamisukatak mandi

Related Posts

“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda
Berita Semasa

Tangan Merayap Dicelah ‘Seat’ Wanita, Lelaki Dalam Bas Diberi Amaran

5th May 2023
Next Post
“Tolong Bebaskan Saya” – Suami Malas Mandi, Wanita Ini Lagi Rela Hidup Menjanda

[VIDEO] Pemergian Anak-Anak Dihina, DSV Luah Kesal Dengan Tindakan Azwan Ali

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)