Cinta & Perhubungan Viral

Ayah Sibuk Mandikan Baby Girl, Si Abang Pula Datang Tanya Soalan Mengejutkan

Kalau bercakap tentang hasrat memiliki anak, setiap suami isteri pastinya sudah memasang matlamat sendiri. Ada juga yang lebih mengidamkan anak perempuan kerana boleh didandan bagaikan Sang Puteri dan begitu juga sebaliknya. Namun semua perancangan berkenaan terpulang kepada ketentuan Allah SWT. Tidak kira sama ada dikurniakan zuriat perempuan mahupun lelaki, kedua-duanya hadir bagai sinar mahligai rumah tangga.

BACA : RM30 Dulu Boleh? -Cikgu Hampir Menangis, Ibu Terpaksa Bayar Ansur Yuran Anak

Kenapa ‘punggung’ kat depan?

Selain itu juga, setiap anak pula mempunyai telatah sendiri yang begitu mencuit hati. Lebih-lebih lagi sewaktu usia masih lagi kecil, pemikiran naif mereka sering kali menghiburkan ibu bapa seperti pengalaman yang dihadapi seorang individu Khairi Mohd ini. Menerusi Twitterya, dia sempat berkongsikan kejadian lucu sewaktu berada di rumah bersama dengan anak-anaknya. Sewaktu sibuk memandikan anak bongsunya itu, si abang mula menjenguk sebelum memberikan soalan di luar jangkaan.

Advertisement

Nanti dah besar sikit dia keluar

Mendengar soalan tersebut, mereka sekeluarga merasa lucu dengan kenaifan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berusia 5 tahun itu. Abangnya yang darjah turut cuba memberikan jawapan namun dengan penjelasan yang juga melucukan. Dek kerana usia mereka masih lagi kecil, si ibu sendiri terpinga-pinga bagaimana caranya untuk menjelaskan jawapan di sebalik persoalan yang sering kali dicetuskan anak-anak.

Advertisement

Comel sangat abang dia excited macam tu

Netizen juga sempat berkongsikan pengalaman saat diajukan soalan sama daripada ahli keluarga terdekat mereka sendiri. Rata-rata mereka merasa terhibur dengan perkongsian saudara Khairi sehingga mendapat lebih 25,000 jumlah retweet.

Advertisement

Advertisement

Sumber : Twitter Khairi Mohd

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram