Artis

[VIDEO] Pemergian Anak-Anak Dihina, DSV Luah Kesal Dengan Tindakan Azwan Ali

[VIDEO] Pemergian Anak-Anak Dihina, DSV Luah Kesal Dengan Tindakan Azwan Ali

Sharing is caring!

Seperti yang diketahui umum, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) sangat terkenal dengan perwatakan ceria dan gelak tawanya. Walau bagaimanapun, dia kini dirundum kesedihan gara-gara terguris dengan tindakan Azwan Ali pada beberapa hari lepas. Hal ini kerana selebriti tersebut telah menghina pemergian dua anaknya selain membakar produk minyak wangi yang diberikan oleh DSV.

BACA: [VIDEO]Cik B Ajuk Ragam DS Vida Merajuk & Marah Sampai Mira Filzah Pun Terhibur

Diva AA tak puas hati sebab tak dapat sebarang bayaran

Difahamkan, Azwan atau Diva AA mendakwa DS Vida kerana tidak memberikan sebarang bayaran selepas membuat kemunculan eksklusif di sebuah acara yang dianjurkan usahawan itu. Gara-gara tidak puas hati, Azwan Ali membakar kesemua minyak wangi dan memberi sindirian tentang sejarah perkahwinan DSV serta anak-anaknya yang telah lama tiada.


[VIDEO] Pemergian Anak-Anak Dihina, DSV Luah Kesal Dengan Tindakan Azwan Ali

Tak boleh nak tidur…terbayang perkataan tu

Gara-gara isu yang dibangkitkan itu, DSV atau nama penuhnya Hasmiza Othman terpanggil untuk meluahkan maklum balasnya pula. Menerusi paparan video yang dimuat naik di laman YouTube dan Instagram miliknya, usahawan tersebut nyata kesal dengan tindakan Azwan Ali. Selain tersinggung, dia juga mengakui bahawa pemikirannya juga sudah tak tenteram apabila teringat ‘kata-kata pedas’ bekas pengacara terbabit.

[VIDEO] Pemergian Anak-Anak Dihina, DSV Luah Kesal Dengan Tindakan Azwan Ali


Orang luar tak tau keluarga DSV selalu menangis teringat dekat anak

Dalam pada itu, wakil yang menguruskan penjualan minyak wangi itu turut memaklumkan bahawa tindakan Azwan Ali sangat tidak wajar. Ujar pemuda tersebut, orang luar tidak mengetahui bahawa keluarga DSV sering merindui anak-anaknya yang telah pulang ke rahmatullah. Bagaimanapun, isu pembayaran tersebut masih belum dijelaskan dengan terperinci dari pihak DSV setakat ini.

Sumber: YouTube DSV Entertainment & Astro Gempak


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Pemergian Anak-Anak Dihina, DSV Luah Kesal Dengan Tindakan Azwan Ali

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram