Jika orang lelaki sering digelar ‘kepala keluarga’ dalam sesebuah rumah tangga, wanita pula kita sebut sebagai ‘tulang belakang’. Melahirkan, menjaga anak, mengemas rumah serta memasak, apa sahaja yang tidak boleh dilakukan oleh seorang ibu dalam rumahnya kan? Bahkan ada yang sampai tahap mengabaikan kesihatan mereka demi memastikan anak-anak dan suami terjaga. Demikianlah pengorbanan seorang perempuan yang kadangkala dipandang sebelah mata.
BACA :Â [VIDEO] Suami Buat 3 Kerja, Baju Dia RM9 Takpe Asalkan Makan Pakai Bini Cukup
Anak terjaga walaupun outstation 5 hari
Baru-baru ini menerusi perkongsian akaun Twitter wanita bernama @ainpendi, dia mendedahkan tentang seorang ibu yang begitu gigih membuat persiapan rapi kerana akan berjauhan dengan keluarganya selama 5 hari berturut-turut demi urusan kerja. Sejak dikongsikan pada semalam, posting itu sudah pun meraih sekitar 8000 retweet daripada para netizen.Â
Aku tabik spring dekat mommy ni…Bukan senang
Nampaknya, Ain benar-benar terkesima dengan usaha yang ditunjukkan oleh ibu berkenaan. Bahkan dia yang belum mempunyai anak pun mengakui masih lagi kurang cekap dalam menguruskan keluarga kecilnya. Dia sempat menyimpan harapan agar suatu hari nanti dirinya mampu membuat seperti ibu berkenaan.Â
Kerjalah selagi belum pencen
Demi memudahkan urusan suami serta anak-anak sebelum berangkat ke Kuching, dia menyediakan segala keperluan lengkap mengikut harinya. Makanan sudah siap dimasak dan hanya perlu dipanaskan sahaja. Baju sekolah sudah digosok agar tidak kelam kabut pada waktu pagi. Baju basahan serta aktiviti luar sudah siap dilabel dan diasingkan mengikut nama anak. Begitulah tanda kasihnya kepada keluarga. Semua benda dipastikan serba serbi cukup.
Kita akan buat semua benda untuk orang yang kita sayang
Membaca perkara seperti ini, pastinya ibu-ibu di luar sana turut membuat perkara sama kan? Sebelum pergi ke mana-mana, mesti wajib pastikan anak-anak dan suami tidak terabai. Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen merasa kagum dan memuji kesungguhan ibu berkenaan.
Sumber : Twitter Gee