Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Tiada Kaki Sejak Lahir, Tapi Tak Halang Adik Ini Khusyuk Dengar Ceramah Agama

8th March 2020
in Inspirasi
Tiada Kaki Sejak Lahir, Tapi Tak Halang Adik Ini Khusyuk Dengar Ceramah Agama
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Walaupun kebanyakan daripada kita memiliki tahap kesihatan yang baik dan cukup sifat tubuh badan, namun ada kalanya pasti sukar juga untuk melakukan ibadat kepada Yang Maha Esa kan? Ironinya, golongan yang diuji dengan kekurangan atau masalah fizikal lebih hebat daripada manusia normal lain. Tiap tahun, ada sahaja insan OKU yang memeranjatkan kita dengan kejayaan luar biasa.

BACA: [VIDEO] Akui Banyak Kesalahan Terhadap Isteri, Ebit Lew Kagum Dengan Lelaki Ini

Tiada kedua-dua belah kaki sejak lahir…tapi khusyuk dengar ceramah

Menerusi laman Facebook rasmi miliknya baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik sebuah video pertemuan dengan si cilik yang diuji kudung tanpa kaki sejak lahir lagi. Apa yang membuatkan pendakwah tersebut tertarik untuk mendekati kanak-kanak yang mesra disapa sebagai Dhiya ini adalah dia khusyuk mendengar serta rajin mencatat isi penting sepanjang ceramah anjurannya tempoh hari berlangsung.

Tiada Kaki Sejak Lahir, Tapi Tak Halang Adik Ini Khusyuk Dengar Ceramah Agama

Awak langsung tiada apa kurang…awak sempurna di sisi Allah

Dalam paparan berdurasi 3 minit 21 saat itu, figura dakwah berkenaan memaklumkan bahawa kanak-kanak berusia 9 tahun itu tidak memiliki sebarang kekurangan dan sempurna di sisi Allah. Terangnya lagi, ujian yang kuat tersebut malah diharapkan agar boleh menjadi asbab untuk menjadikannya lebih kuat di masa akan datang. Dalam pada itu, Ustaz Ebit Lew turut mendoakan agar kasih sayang antara Dhia bersama kakak di sebelah kekal hingga ke syurga.

Tenang je tengok muka…cantik sempurna sekali dik

Gara-gara tersentuh melihat reaksi tenang yang ditampilkan oleh si comel berkenaan, rata-rata netizen berasa sebak mengenangkan ujian yang terpaksa ditempuhi olehnya. Selain memuji semangat cekalnya, mereka turut mendoakan agar adik Dhiya sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.

Tiada Kaki Sejak Lahir, Tapi Tak Halang Adik Ini Khusyuk Dengar Ceramah Agama

Tiada Kaki Sejak Lahir, Tapi Tak Halang Adik Ini Khusyuk Dengar Ceramah Agama

Tiada Kaki Sejak Lahir, Tapi Tak Halang Adik Ini Khusyuk Dengar Ceramah Agama

Tiada Kaki Sejak Lahir, Tapi Tak Halang Adik Ini Khusyuk Dengar Ceramah Agama

Sumber: FB Ebit Lew

Tags: adikanakCantikceramahcerdikdhiyaEbit Lewkhusyukmatangrajinustaz
Next Post
Tiada Kaki Sejak Lahir, Tapi Tak Halang Adik Ini Khusyuk Dengar Ceramah Agama

[VIDEO] Berani Bagi Surat Usya Abang Waiter, Gadis 'Terciduk' Bila Tahu Jawapan

Selamat & Selesa Sepanjang Hari!
Kurung Pahang Sutera Shantung Berembun Comel

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)