Bagi peminat drama lakonan Noorkhiriah, pasti sudah tidak asing lagi dengan gayanya apabila beraksi di kaca TV bukan? Sinonim dengan perangai gila-gila dan sempoi, aktres tersebut juga pernah merangkul trofi menerusi ‘Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik’ di malam ‘Anugerah Seri Angkasa 2022’ tahun lalu.
BACA:Â [VIDEO] Ajar Menari TikTok, Nenek Sampai Melatah Layan Perangai Cucu Sendiri
Memang tak dijangka weh…Semua spontan je
Baru-baru ini, Noorkhiriah dan Datuk Fizz Fairuz telah bergandingan menerusi sebuah drama yang berjudul ‘Bosskid’. Memegang watak sebagai pasangan suami isteri, mereka berdua dilihat sangat serasi bersama. Bahkan, pelakon drama ‘Nur’ itu sering diusik ketika sedang shooting di set penggambaran disebabkan sifatnya yang cepat melatah.
Ha kacau lagi, kan dah kena hempuk
Berkongsi rakaman di sebalik tabir drama tersebut, kelihatan Noorkhiriah sedang khusyuk menjiwai watak. Namun begitu, suasana yang awalnya serius terus bertukar lucu apabila Datuk Fizz Fairuz menyiku dan menyebabkan wanita tersebut secara spontan tampar wajahnya. Tidak sangka dengan tindakan luar jangkaan tersebut, aktor itu kelihatan tergamam sebentar sebelum kembali meneruskan lakonan.
@dfizzfairuz Hahaha kacau lagi,kan sah kena hempuk hahahaha.. tgu sampai habis @Khiriah17
Steady je kena hempuk…Profesional betul dua orang ni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat kedua-dua orang selebriti berkenaan. Dalam pada itu, ada juga yang menyifatkan mereka sebagai pelakon profesional kerana masih kekal tenang walaupun berdepan situasi sedemikian.
Masing-masing akui beberapa kali ulang tayang rakaman tersebut kerana seronok melihat gandingan dua orang pelakon hebat berkenaan. Selain itu, netizen juga meluahkan rasa gembira melihat penampilan Noorkhiriah yang kini lebih manis dan sopan.
Melihat aksi lucu tersebut, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana pelakon tersebut mahu kekal fokus pada dialog jika sering diusik sebegitu.
Kredit: Instagram FizzFairuz & TikTok dfizzfairuz