Kazar Saisi iaitu bapa kepada Ira yang kini turut merupakan mertua kepada Syamsul Yusof dilihat tenang hadir ke set bagi menjalani sesi penggambaran. Turut terpalit dengan kontroversi yang timbul mengenai anak perempuannya dan pengarah filem terkenal Malaysia itu, dia dilihat bersahaja hadir ke lokasi seperti sedang tidak menghadapi sebarang masalah.
BACA: Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan
Masalah akan timbul jika artis berhadapan kontroversi
Menerusi laporan mStar, seorang pengarah iaitu Shuhaimi Lua memaklumkan bahawa Kazar pada mulanya menghadapi sedikit masalah untuk menerima tawaran lakonan yang diberikan. Namun demikian, Kazar menyambut baik peluang itu selepas faham bahawa perkara yang bakal dilakukan oleh mereka hanyalah sekadar konten untuk cari makan.
Tak ada larangan.. itu bukan tanggungjawab penerbit
Mengulas lanjut berkenaan dengan kehadiran Kazar yang dianggap bakal mengganggu gugat sambutan tayangan telefilem itu, Shuhaimi menjelaskan bahawa isu pemilihan pelakon bukanlah dibawah tanggungjawabnya sebagai penerbit. Malah, tiada sebarang larangan yang diterima daripada pihak stesen televisyen membuatkan dia mengambil langkah untuk memilih kesemua barisan pelakon terlibat.
Sempat cerita sikap sebenar Kazar
“Saya ada baca, dia punya kontroversi tu memang agak besar jugalah”.
Memahami keadaan Kazar apabila dia turut dikaitkan dengan kontroversi yang dianggap serius, Shuhaimi sempat memuji sikap positif pelakon veteren itu kerana tidak pernah mencampur-adukkan urusan peribadi dan hal kerja. Malah, dia turut menasihatkan agar pelakon itu tetap bersabar dan tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu anaknya.
Kredit: mStar