Viral

Terduduk Sekali Dengan Mempelai, Pengapit Lelaki Laju Bangun Lepas Malu Sendiri

Terduduk Sekali Dengan Mempelai, Pengapit Lelaki Laju Bangun Lepas Malu Sendiri
Rasaflix

Sharing is caring!

Bagi lelaki dan wanita yang melangsungkan majlis perkahwinan, tidak dinafikan berasa sedikit gemuruh tatkala bersanding. Walau bagaimanapun, perasaaan itu akan berkurangan apabila ditemani oleh pengapit di sisi. Biasanya ketika bersanding, pengantin yang akan jadi tumpuan tetapi lain pula dengan video tular ini.


BACA: [VIDEO] Istiqamah Jaga Ikhtilat, Pengantin Perempuan Kekok Nak Salam Suaminya

Bang oh bang, sabar…nanti giliran awak pula yang akan bersanding, duduk tanpa rasa bersalah

Menerusi aplikasi TikTok selepas seorang pemuda berkongsi video di sebuah majlis perkahwinan yang diadakan dengan begitu meriah. Kelihatan merpati dua sejoli mengenakan pakaian sedondon baru sahaja menaiki pentas untuk majlis resepsi sambil ditemani oleh pengapit masing-masing. Namun selepas mempelai berkenaan duduk, tanpa disangka-sangka pengapit lelaki yang berbaju hitam turut ikut sekali secara santai. Namun tidak lama kemudian, lelaki yang dikenali sebagai Naqib itu lantas berdiri setelah menyedari kesilapan kecil tersebut.


@apies_oren

Banggg…oh banggg… sabar bang, sabarr..nanti abg lak bersanding ye… amek mood nk bersanding letew ..

♬ bunyi asal – 🍁⃝🅴🅵🅰 – 🍁⃝🅴🅵🅰

Punyalah leka sampai duduk saing dengan pengantin teringin nak kena renjis dengan air tawar agaknya

Bahkan, pengapit wanita juga dilihat tidak dapat menahan tawa dengan situasi yang berlaku itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagatnya yang dianggap nervous ketika menjadi pengapit. Selain itu, mereka juga mengusik kononnya dia nak ‘ambil berkat’ daripada majlis berkenaan. Secara keseluruhan, video tersebut telah berjaya meraih lebih 40 ribu jumlah tontonan setakat ini.


Terduduk Sekali Dengan Mempelai, Pengapit Lelaki Laju Bangun Lepas Malu Sendiri

Terduduk Sekali Dengan Mempelai, Pengapit Lelaki Laju Bangun Lepas Malu Sendiri

Terduduk Sekali Dengan Mempelai, Pengapit Lelaki Laju Bangun Lepas Malu Sendiri

Sumber: TikTok apies_oren

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Terduduk Sekali Dengan Mempelai, Pengapit Lelaki Laju Bangun Lepas Malu Sendiri

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes