Viral

Tentera Niat Nak Daftar Saja, Tak Sangka Terus Nikah Pakai Uniform

Tentera Niat Nak Daftar Saja, Tak Sangka Terus Nikah Pakai Uniform
Rasaflix

Sharing is caring!

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, ramai bakal pengantin kelam-kabut cepatkan urusan nikah dan tak kurang juga yang terpaksa berputih mata. Namun, siapa sangka niat sepasang suami isteri tentera ini langsung terus dipermudahkan.


BACA: Pengantin Viral Makeup Serupa Dengan Ayda Jebat, Syukur Suami Ikhlas Mencintai

Niat datang hanya daftar nikah je…atas faktor PKP, setuju untuk berkahwin

Menerusi laporan Harian Metro, Amir Farhan dan Noor Asmiza yang merupakan anggota keselamatan hanya rancang untuk menghantar borang daftar kahwin di Pejabat Agama Daerah Kluang pada Selasa lalu. Di samping itu, mereka juga sepatutnya disatukan pada 22 Januari 2021 tetapi pihak pejabat agama menasihatkan agar terus bernikah.

Tentera Niat Nak Daftar Saja, Tak Sangka Terus Nikah Pakai Uniform

Tentera Niat Nak Daftar Saja, Tak Sangka Terus Nikah Pakai Uniform

Ahli keluarga pun bagi restu nikah…pengalaman tanpa diduga paling bermakna

Susulan itu, pihak pejabat agama menghubungi keluarga kedua-dua belah pihak dan semuanya setuju agar mereka dinikahkan sehari sebelum PKP bersama 41 bakal pengantin yang lain. Walaupun berbeza dengan orang lain gara-gara bernikah pakai uniform ‘celoreng’, Amir Farhan Abu Hanipah tetap bersyukur dengan rezeki pernikahan yang langsung tak diduga ini.


Tentera Niat Nak Daftar Saja, Tak Sangka Terus Nikah Pakai Uniform

Tentera Niat Nak Daftar Saja, Tak Sangka Terus Nikah Pakai Uniform

Perkara wajib ditunaikan…jika PKP tamat, akan ada majlis persandingan nanti

Lelaki berusia 28 tahun tersebut menjelaskan, peristiwa indah ini turut akan dikenang sampai bila-bila. Tambahnya lagi, jika berkesempatan suami isteri berkenaan akan mengadakan majlis persandingan selepas PKP berakhir.


Tentera Niat Nak Daftar Saja, Tak Sangka Terus Nikah Pakai Uniform

Tentera Niat Nak Daftar Saja, Tak Sangka Terus Nikah Pakai Uniform

Sumber: Harian Metro & Hairi Azhar

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Tentera Niat Nak Daftar Saja, Tak Sangka Terus Nikah Pakai Uniform

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram