Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!

25th March 2019
in Artis, Gambar
Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Salah seorang bekas ahli kumpulan Wanna One, Ong Seung Wu, telah datang ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat-peminatnya semalam. Setelah group yang ditubuhkan daripada sebuah rancangan realiti tv itu dibubarkan, dia dilihat telah aktif secara solo melalui aktiviti nyanyian dan lakonan. Mengakui bahawa peminat adalah antara yang telah banyak memberi sokongan kepadanya, dia cuba untuk menggembirakan lebih 4,000 penonton yang telah hadir ke acara fan meeting tersebut.

BACA: 5 Tahun Tinggal Di Korea Wanita Dedah Rutin Penjagaan Muka Masyarakat Di Sana 

Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!

Menyanyikan lagu Rasa Sayang…

Salah satunya adalah dengan menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’. Dengan bimbingan dari hos acara tersebut, Ong Seung Wu cuba untuk menyampaikan lagu itu dengan sehabis baik. Suasana telah bertukar gamat dalam video yang berdurasi kurang dari satu minit apabila dia mula menyanyikan lagu tradisional tempatan itu.

https://www.youtube.com/watch?v=HA9xF4oWJmA

Spontan, tanpa latihan…

Dia dikatakan tidak melakukan sebarang persediaan atau latihan kerana semuanya berlaku secara spontan. Dia cuma bernyanyi dengan berpandukan lirik yang telah disediakan dan juga tunjuk ajar dari hos. Dia turut mempersembahkan bakat menari dan menyanyi menerusi lagu Love This Moment, Treasure dan Please. Peminat yang hadir di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam juga dilihat terhibur sepanjang acara itu berlangsung.

Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!

Ternyata dia masih mendapat sokongan yang kuat dari peminat apabila fan meeting pertamanya itu dihadiri oleh lebih dari 4,000 orang. Dia juga turut berkongsi perkembangan semasanya  dalam pertemuan bersama peminat yang dianjurkan oleh sebuah agensi hiburan dari Bangkok itu.

Sumber : Hmetro & YouTube M R D A N Z N R L L

Tags: eternityfan meetingkpopong seung wooviralwanna one

Related Posts

Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!
Artis

“Saya Dihamilkan Oleh Seorang Artis Malaysia & Dia Paksa Gugurkan Kandungan”

7th June 2023
Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!
Artis

Video Aiman Tino & Isteri Seronok Menari Lepas Kahwin ‘Diperli’ Warganet

29th April 2023
Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!
Artis

“Ada Bukti Kamu Buat Hubungan Dengan Suami Orang” – Syamsul Yusof

21st April 2023
Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!
Artis

Rosyam Nor Timang Cucu Kelima, Syukur Dapat ‘Anugerah’ Comel Di Bulan Ramadhan

10th April 2023
Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!
Artis

Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala

6th April 2023
Next Post
Tambat Hati Ramai Dengan Lagu Melayu, Penampilan Ong Seung Wu Meriah!

“Senang Solat On Time..” - Gadis Jepun Ini Pilih Menetap Di Malaysia Demi IsIam

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)