Siapa tidak sedih apabila insan tersayang yang selama ini menjadi peneman hidup sudah ‘pergi’ buat selama-lamanya. Itulah hakikat yang terpaksa diterima seorang lelaki bernama Mohammad selepas isterinya terlibat dalam tragedi nahas jalan raya beberapa hari lalu. Lebih mengecewakan, si pelaku telah melarikan diri seolah-olah tidak mahu mengaku salah dan bertanggungjawab.
BACA:Â Warga Emas Ajal Tepi Jalan Kerana Masalah Jantung, Rupanya Dikejar Anjing Liar
Pemuda tampil ceritakan hal sebenar…tak berniat nak larikan diri
Namun siapa menyangka, pelaku tersebut akhirnya telah berani hadir untuk bertemu dengan suami Allahyarhamah Unty. Baru-baru ini menerusi Facebook, Siti Nabyelah Ithinin yang merupakan anak saudara kepada Pak Cik Mohammad sempat berkongsi kisah berkenaan. Pemuda berusia 22 tahun itu menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk melarikan diri selepas kenderaannya ‘menghentam’ wanita tersebut. Tindakan secara spontan terbabit dilakukan kerana dia terlalu takut.
Mohon maaf dalam keadaan sebak…sudah mengikhlaskan ‘pemergian’ isteri tersayang
Walau bagaimanapun, suasana di rumah itu bertukar pilu apabila lelaki tersebut memohon maaf dalam keadaan yang sebak. Seolah-olah sudah mengikhlaskan ‘pemergian’ isteri tersayang, Pak Cik Mohammad turut menenangkan jejaka berkenaan sebelum kedua-duanya menangis. Dalam pada itu, Siti Nabyelah Ithinin juga berharap segala urusan dipermudahkan terutamanya apabila melibatkan pihak polis. Hal ini kerana pemuda tersebut menjadi ketua dalam keluarganya selepas ketiadaan ibu bapanya.
Sumber: Facebook Siti Nabyelah Ithinin