Ketiadaan bazar Ramadan pastinya membuatkan kita rindu pada juadah-juadah tertentu. Jika dahulu kita boleh membeli 1001 macam hidangan, namun situasi pendemik sekarang telah mengubah segalanya. Tetapi itu bukan bermakna anda tidak boleh menikmati juadah kegemaran. Asalkan ada minat dan usaha, pastinya makanan kegemaran itu boleh terhidang di meja untuk dijadikan santapan berbuka bersama keluarga.
BACA :Â Ramai Bangga Tayang Masakan Failed, Ustaz Beri Ingatan Jangan Sampai Mengeji..
Bubur lambuk utara style ‘rice cooker‘..
Mendengar namanya sahaja cukup kecur liur. Apalagi kalau sudah masuk ke dalam mulut kan? Menjengah ke resipi yang dikongsikan Nur Haziqah melalui Facebook, ternyata cara membuat bubur lambuk utara ini begitu mudah dengan hanya menggunakan periuk nasi elektrik. Ibarat, pejam mata pun boleh siap. Tambahan pula, bahan-bahan yang digunakan memang mudah didapati selain mengandungi khasiat tersendiri.
Cara penyedian yang cukup mudah..
Menerusi perkongsian resipi daripada Nur Haziqah, dia mengisar beberapa bahan asas seperti bawang putih, bawang merah serta halia terlebih dahulu dengan sedikit air sehingga halus. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan satu bungkus perencah sup bersama daging dan beras.
Rupanya ada khasiat kesihatan yang tersendiri..
Pindahkan kesemua bahan tersebut ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan air, ubi kentang, lobak merah dan biarkan sehingga ia menjadi kembang. Seterusnya, masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng. Kacau dan biarkan beberapa minit sebelum ia siap untuk dihidang. Menariknya lagi, resipi ini mempunyai khasiat kesihatan tersendiri terutama membantu sistem pencernaan yang baik.
Sumber : Facebook Nur Haziqah