Utama Hiburan Tak Jaga Ikhtilat Punca Rezeki Tak Berkat, Abby Abadi Beri Teguran ‘Sentap’

Tak Jaga Ikhtilat Punca Rezeki Tak Berkat, Abby Abadi Beri Teguran ‘Sentap’

Seperti sudah menjadi trend golongan muda pada masa kini, ramai yang suka berpegangan tangan dan bermesra dengan bukan mahram di tempat awam tanpa rasa segan silu. Situasi ini bukan hanya dibuat oleh orang biasa sahaja, namun golongan artis juga kerap dilihat berbuat demikian seperti suatu perkara normal. Terkesan dengan tindakan berkenaan, pelakon dan usahawan iaitu Abby Abadi nampaknya membuat teguran menerusi posting di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

BACA : Risau Nasib Anak-Anak Masa Berpisah, Abby Buka Cerita Didik Dengan Al-Quran

Ikhtilat, suami kita jangan bagi perempuan lain pegang

Menurut kapsyen yang ditulis, dia bertindak untuk memberi teguran memandangkan ‘budaya’ tersebut terus berleluasa tanpa rasa malu lagi. Abby menegaskan supaya wanita lebih bijak dalam menjaga ikhtilat (batasan) dan tidak membiarkan suami sendiri sesuka hati bergaul mesra dengan perempuan lain.

Bila bergelumang dengan maksiat, rezeki jadi tak berkat

Tambah ibu kepada 4 orang cahaya mata ini, sikap membiarkan suami isteri atau anak-anak disentuh oleh yang bukan mahram sebenarnya menjadi ‘pintu’ kemungkaran (kejahatan). Disebabkan itu juga, rezeki akan menjadi tidak berkat dan seolah-olah memberi kemenangan kepada syaitan yang berjaya menghasut.

Advertisement




Mendatangkan kemurkaan Allah SWT

Tambah Abby lagi, dia pernah melalui perjalanan sebegitu di mana dirinya tidak peduli dalam menjaga ikhtilat yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Jadi, dia hanya berpesan dan berharap agar semua orang berusaha menjaga batas tersebut supaya pengakhiran kita bukanlah ketika melakukan maksiat. Jelas wanita berusia 42 tahun ini lagi, teguran yang diberikan adalah untuk kebaikan ramai dan sama-sama memperbetulkan semula kekhilafan diri.

Sumber : IG Abby Abadi

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement