Dek kerana tidak merasai sebarang tekstur pelik pada bahagian dalaman, golongan wanita cenderung mengabaikan kepentingan untuk membuat pemeriksaan payudara. Tidak kiralah dengan memeriksa sendiri ataupun mendapatkan rawatan di pusat kesihatan, masalah kanser payudara sebenarnya boleh terjadi pada anda tanpa disangka-sangka. Bahkan ada yang terus didiagnosis dengan tahap 4 seterusnya meragut nyawa tanpa sempat menerima rawatan.
BACA :Â Ramai Anggap Tahi Lalat Mata Benda Normal, Doktor Dedah Rupanya Petanda Kanser
Pernah jumpa ketulan di payudara tahun lalu
Namun menerusi perkongsian seorang wanita bernama Intan Kaharuddin ini, mungkin juga ramai yang akan terbuka mata dengan kepentingan membuat pemeriksaan tersebut. Sebenarnya sekitar tahun lalu, wanita yang juga bekerja sebagai MUA ini pernah terkejut apabila menjumpai 3 ketulan di payudaranya selepas menjalani pemeriksaan. Mujur sahaja doktor mengesahkan tiada apa yang serius dan keadaan berkenaan rupanya dipengaruhi oleh perubahan h0rmon wanita.
Aku merayu…Pergilah check up your breast
Tidak pasti apakah yang sudah terjadi, namun Intan mendedahkan dia menerima berita kurang baik pada tahun baru ini. Justeru itu, dia dilihat menggesa wanita di luar sana agar segera mendapatkan pemeriksaan payudara daripada khidmat pakar. Meskipun boleh dilakukan sendiri, namun kadangkala ramai wanita yang tidak dapat mengesan sebarang ketulan di payudara masing-masing.Â
Kalau keluarga ada cancer history, lagilah patut check
Tambah wanita ini lagi, dapat dikesan pada peringkat awal adalah lebih baik memandangkan rawatan untuk mengubati kanser boleh dijalankan secepat mungkin. Meskipun penghidap kanser sering dikaitkan dengan kehilangan nyawa, namun masih ramai yang berjuang sehingga mampu sembuh kembali. Di hujung perkongsian, Intan berharap agar golongan wanita tidak takut untuk menjalani pemeriksaan berkaitan masalah barah berkenaan.
Sumber : Twitter Intan Kaharuddin