Keluarga

Sukar Terima Hakikat Dah Jadi Abang, Siap Bagi Jelingan Padu Tanda Geram

Sukar Terima Hakikat Dah Jadi Abang, Siap Bagi Jelingan Padu Tanda Geram
Rasaflix

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, anak-anak pasti akan meragam apabila dapat ahli keluarga baru. Lebih-lebih lagi, yang pegang gelaran bongsu sebelumnya, confirm tak boleh terima hakikat menjadi abah atau kakak kepada adik baby. Paling mencuit hati pastilah reaksi masing-masing sewaktu detik kali pertama dipertemukan bersama. Malah, perhatian daripada ibu bapa juga akan lebih banyak dihabiskan pada adik baru pula.


BACA:Baru Nak Nyanyi Lagu Sendu, Abang Pasrah Adik Jadi Back Up Dancer Di Belakang

Throwback dapat anak bongsu tahun lalu…anak kedua tak boleh terima hakikat

Puan Siti Maziah Md Saad berkongsi semula video sewaktu keluarganya menyambut kehadiran bayi baru mereka pada tahun lalu. Antara ragam yang mencuri perhatian ialah anak keduanya yang seolah-olah ‘cemburu’ melihat adik bongsunya itu. Tanpa memperdulikan kata-kata ayahnya, si cilik berkenaan hanya merenung sayu kepada bayi itu. Lebih melucukan lagi,  kanak-kanak lelaki tersebut siap memberi jelingan padu kepada semua ahli keluarganya sebagai tanda geram dan kecewa. Sukar Terima Hakikat Dah Jadi Abang, Siap Bagi Jelingan Padu Tanda Geram

Abang jealous tu, jelingan pun handsome…sedih betul muka dia, kakak kuat sakat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur menyaksikan telatah si cilik berikut. Bukan sahaja memuji kecomelannya, mereka sempat berseloroh dalam menceritakan tentang keluarga masing-masing menerima reaksi anak-anak yang lebih kurang sama. Secara keseluruhannya, video berdurasi 12 saat ini telah meraih lebih 100 perkongsian.


Sukar Terima Hakikat Dah Jadi Abang, Siap Bagi Jelingan Padu Tanda Geram Sukar Terima Hakikat Dah Jadi Abang, Siap Bagi Jelingan Padu Tanda Geram Sukar Terima Hakikat Dah Jadi Abang, Siap Bagi Jelingan Padu Tanda Geram

Sumber: Facebook Siti Maziah Md Saad

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Sukar Terima Hakikat Dah Jadi Abang, Siap Bagi Jelingan Padu Tanda Geram

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram