Gaya Hidup Kesihatan

Suka Tatap Cermin Banyak Kali? Anda Mungkin Hidap Gangguan Mental

Suka Tatap Cermin Banyak Kali? Anda Mungkin Hidap Gangguan Mental

Sharing is caring!

Perbuatan melihat diri sendiri di hadapan cermin adalah perkara normal. Boleh dikatakan hampir setiap masa pasti kita akan mula berdiri di hadapannya, sama ada di rumah, dalam bilik air, di tempat kerja dan sebagainya. Lebih-lebih lagi wanita yang sepanjang masa mahu memeriksa keadaan tudung atau solekan wajah. Namun siapa sangka, tabiat tersebut juga sebenarnya petanda anda menghidap gangguan mental. 

BACA: Kanak-Kanak Tercekik Duit Syiling 20 Sen, Ibu Kongsi Detik Cemas

Suka tengok cermin banyak kali petanda sindrom mental

Menerusi satu posting yang dimuat naik akaun rasmi Twitter KKM, terdapat beberapa gejala bagi gangguan mental berkenaan. Gangguan yang dinamakan sebagai Body Dysmorphic Disorder (BDD) ini boleh menyebabkan seseorang individu itu mempunyai perbuatan atau fikiran berulang terhadap sesuatu kekurangan fizikal. 


Suka Tatap Cermin Banyak Kali? Anda Mungkin Hidap Gangguan Mental

Obses berkali-kali periksa diri depan cermin

Antara gejala yang menjadi simptom perkara ini adalah kerap memeriksa diri di hadapan cermin. Melakukan perbuatan berulang-ulang kali juga menggambarkan sikap obses dan taksub dengan diri sendiri. Dari segi gaya rambut atau tudung, solekan serta penampilan diri, semuanya diperhatikan sehingga yakin dan puas. 

Suka Tatap Cermin Banyak Kali? Anda Mungkin Hidap Gangguan Mental

Suka Tatap Cermin Banyak Kali? Anda Mungkin Hidap Gangguan Mental
Gambar Sekadar Hiasan

Berusaha tutup kelemahan diri 

Selain memeriksa cermin, berpakaian secara berlebihan juga adalah antara gejala awal masalah kesihatan tersebut. Apabila merasakan diri kurang cantik atau elok berbanding orang lain, seseorang itu mula berusaha menutup ‘kecacatan’ tersebut dengan apa cara sekali pun. Oleh sebab itu, pihak kesihatan menyeru orang ramai yang mempunyai gejala tersebut untuk merujuk kepada pusat perubatan bagi mendapatkan nasihat pakar. 


Suka Tatap Cermin Banyak Kali? Anda Mungkin Hidap Gangguan Mental
Gambar Sekadar Hiasan
Suka Tatap Cermin Banyak Kali? Anda Mungkin Hidap Gangguan Mental
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Twitter KKM & Portal Liputan 6 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Suka Tatap Cermin Banyak Kali? Anda Mungkin Hidap Gangguan Mental

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram