Sejak ditayangkan pada Ogos lalu, drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ mula menjadi tumpuan ramai kerana membawa isu rumah tangga yang sebenar. Selain itu, ia juga diselitkan dengan unsur romantik dan kasih sayang antara adik beradik. Selain Zul Ariffin dan Mira Filzah, lakonan Adlin Aman Ramli sebagai Ikram juga mendapat perhatian daripada kalangan penonton.
BACA: [VIDEO] “Rasa Nak Tampar Opah” – Drama ‘Bukan Gadis Biasa’ Buat Ramai Menyirap
Tergamak tuduh isteri berkelakuan nusyuz…lempar kata-kata kesat kepada keluarga mentua
Beberapa episod terdahulu, Cikgu Manis telah bertemu dengan Yusuf di salah sebuah perkampungan nelayan. Menerusi episod semalam pula, Ikram dilihat berang sehingga tergamak menuduh isterinya berkelakuan nusyuz kerana keluar berjumpa lelaki lain tanpa izinnya. Bukan sahaja tidak menghormati emaknya sendiri, malahan dia juga sanggup melemparkan kata-kata kesat kepada keluarga mentuanya tanpa rasa bersalah.
Yusuf datang bagi amaran…bengang sampai sanggup marah Mak Som
Menerusi babak lain pula, Yusuf sempat memberikan amaran keras kepada Ikram seperti membuat laporan polis sekiranya dia masih melakukan perbuatan terkutuk kepada anak perempuannya. Bengang dengan tindakan itu, Ikram turut memarahi Mak Som kerana memandai-mandai mengahwinkannya dengan Manis.
Nusyuz konon, dahlah ‘makan’ anak sendiri
Ramai penonton meluahkan rasa ‘geram’ tatkala menyaksikan watak antagonis Ikram itu. Bahkan mereka turut mengecam tindakan Mak Som kerana membiarkan anak lelakinya memperlakukan tindakan terkutuk terhadap cucunya sendiri.
Sumber: Instagram bambam_studios