Viral

Suami Orang Biasa Isteri Darjat Tinggi, Minta Izin Nikah – “Cinta Tiada Kasta”

Suami Orang Biasa Isteri Darjat Tinggi, Minta Izin Nikah – “Cinta Tiada Kasta”
Rasaflix

Sharing is caring!

Meskipun zaman dah berubah, masih ada yang terlalu mengambil kira soal harta, pangkat dan darjat dalam urusan memilih jodoh. Apalagi buat perempuan zaman sekarang yang sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri, kadangkala membuatkan lelaki insecure kerana taraf bakal isteri lagi tinggi daripada dirinya sendiri. Namun bagi sebuah kisah cinta ini, darjat bukan penghalang untuk mereka bertemu jodoh.


BACA: [VIDEO] Suami Isteri Ikut Trend Tarian Semongko, Siap Pakai Baju Kelawar Lagi

Golongan yang berbeza tapi saling suka sama suka…majlis sederhana tapi meriah dengan adat

Semalam telah tular satu video melalui Tiktok @minkoming, berkongsi tentang upacara pernikahan antara seorang lelaki dan wanita dari negara seberang. Kelihatan lelaki dan wanita ini sama cantik sama padan walaupun mereka daripada golongan yang berbeza. Tambahan lagi, upacara perkahwinan dari awal hinggalah sarung cincin tersangatlah meriah dengan adat yang dijalankan. Walaupun keadaannya majlis agak sederhana, mereka menerima kehadiran tetamu yang sangat ramai.


@minkoming

Tidak ada kasta dalam cinta♥️ Semoga langgeng ma bro😇

♬ original sound – Alif Fakod – Alif Fakod

Besar perjuangan isteri sanggup turun darjat demi suami… semoga perkahwinan ini berkekalan

Video berdurasi 25 saat ini telah meraih tontonan sebanyak 500 ribu lebih. Rata-rata netizen berasa kagum melihat salah satu adat perkahwinan dari negara Indonesia ini. Mereka turut memuji pengorbanan wanita tersebut dan berharap agar suaminya itu tak akan lupa jasanya. Mereka turut menitipkan doa serta ucapan tahniah, semoga perkahwinan mereka juga akan berkekalan.


Suami Orang Biasa Isteri Darjat Tinggi, Minta Izin Nikah – “Cinta Tiada Kasta”

Suami Orang Biasa Isteri Darjat Tinggi, Minta Izin Nikah – “Cinta Tiada Kasta”

Suami Orang Biasa Isteri Darjat Tinggi, Minta Izin Nikah – “Cinta Tiada Kasta”

Sumber: TikTok @minkoming

 

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Suami Orang Biasa Isteri Darjat Tinggi, Minta Izin Nikah – “Cinta Tiada Kasta”

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram