Hiburan

[VIDEO] Suami Isteri Ikut Trend Tarian Semongko, Siap Pakai Baju Kelawar Lagi

[VIDEO] Suami Isteri Ikut Trend Tarian Semongko, Siap Pakai Baju Kelawar Lagi
Rasaflix

Sharing is caring!

Penggunaan aplikasi TikTok bukan terhad kepada golongan muda sahaja, malahan orang dewasa turut tidak ketinggalan memeriahkan laman sosial berkenaan. Dengan lambakan lagu serta jenis trend tarian mahupun challenge, ramai yang berlumba-lumba mencuba sehingga video perkongsian mereka menjadi viral sekali gus meraih jumlah tontonan luar biasa.


BACA: [VIDEO] Suami Isteri Buat TikTok Sweet, Netizen Pula Yang Rasa Nak Kahwin Cepat

Suami isteri terikut trend tarian Semongko…siap bergaya dengan baju kelawar lagi

Menerusi TikTok @asha.razak_, dia telah berkongsi satu video bersama suaminya yang sedang asyik menari sebelum tidur dengan menggunakan lagu trendy sekarang iaitu ‘Ahh Mantap’. Bagi yang sudah biasa menghabiskan masa di aplikasi ini, sudah tentu sangat kenal dengan lagu fenomena tersebut, kan? Bukan saja tarian mereka berdua menarik perhatian malah gaya yang dikenakan suaminya. Kedua-duanya tampil dengan memakai baju kelawar. Kecomelan mereka berdua juga terselah apabila suaminya hanya mengikuti sahaja gerak-geri isterinya.


@asha.razak_

Sebelum tidur tiktok dulu 😂

♬ AHH MANTAP – 𝕝𝕖𝕩𝕩𝕒𝕒𝕝𝕪𝕟☾

Amboi encik suami kelawar tahap berapa ni…sudahlah sweet lepas tu comel pula

Video berdurasi 18 saat berkenaan telah meraih lebih 90 ribu jumlah tontonan. Selain daripada memuji aksi sporting mereka, suaminya yang mengenakan baju kelawar itu banyak membuatkan para netizen terhibur. Mata mereka turut tertarik dengan design baju kelawarnya. Ada juga daripada mereka mendoakan kebahagiaan suami isteri ini.

[VIDEO] Suami Isteri Ikut Trend Tarian Semongko, Siap Pakai Baju Kelawar Lagi

[VIDEO] Suami Isteri Ikut Trend Tarian Semongko, Siap Pakai Baju Kelawar Lagi

[VIDEO] Suami Isteri Ikut Trend Tarian Semongko, Siap Pakai Baju Kelawar Lagi

Sumber: TikTok asha.razak_

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Suami Isteri Ikut Trend Tarian Semongko, Siap Pakai Baju Kelawar Lagi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram