Cinta & Perhubungan

Suami Janganlah Kedekut & Terlalu Berkira, Takkan Miskin Setia Tanggung Isteri

Tekanan sara hidup sememangnya menjadi beban buat suami isteri apalagi yang sudah mempunyai anak. Oleh itu, ramai wanita zaman kini yang keluar bekerja bagi membantu ekonomi keluarga selain bergantung harap kepada duit suami semata-mata. Namun kadangkala, memilih untuk berhenti kerja dan fokus menjaga rumah adalah pilihan terbaik buat sesetengah wanita. Apa yang penting, suami haruslah bertimbang rasa khususnya apabila menyentuh tentang isu nafkah.

BACA : Bila Kahwin Suami Suka Jadi Raja, Isteri Bukan Hamba Yang Kena Buat Semua Kerja

Tak rasa sesak langsung tengah bulan

Mungkin ada lelaki yang merasa duit tidak cukup sekiranya isteri tidak bekerja. Tetapi bagi seorang lelaki bergelar Firdaus Shakirin ini, dia mempunyai kisah yang sebaliknya. Suatu ketika dahulu, isterinya juga mempunyai kerja sendiri dan tidak dinafikan hidup mereka agak senang. Namun selepas anak ketiga lahir, lelaki ini mula berfikir agar isterinya berhenti kerja untuk fokus menjaga rumah tangga. Jiwanya sebagai seorang suami seakan berbelah bahagi kerana risau keputusan itu bakal memberikan kesan kepada kewangan keluarga.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

 

Takkan miskin suami yang tanggung isteri sepenuhnya

Namun mereka terus nekad demi memastikan keadaan anak terjaga. Ternyata keputusan yang pada awalnya diragui kini menunjukkan kesan positif. Hampir 4 tahun isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa, namun Firdaus selalu merasa cukup dengan rezeki yang diterimanya selama ini. Melalui kisah ini, terbuktilah bahawa keberkatan menanggung kehidupan isteri dengan pemberian nafkah seikhlas hati akan dibalas dengan rezeki yang tak putus-putus.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Facebook Firdaus Shakirin

Advertisement

Advertisement

Youtube

Facebook

Telegram