Utama Cinta & Perhubungan Suami Gaji RM7K, Tapi Isteri Tak Puas Hati Dapat Nafkah Cuma RM300...

Suami Gaji RM7K, Tapi Isteri Tak Puas Hati Dapat Nafkah Cuma RM300 Sebulan

Walaupun isteri bergaji lebih besar, ia bukanlah alasan bagi suami untuk mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri. Malah menurut para ilmuan agama nafkah terhadap isteri adalah wajib dan perlu menjadi keutamaan, diikuti dengan anak-anak dan juga ibu bapa. Sebuah kisah yang dikongsikan seorang lelaki bernama Azizul Azli Ahmad di Facebook baru-baru ini telah memaparkan masalah sepasang suami isteri ini yang mengalami kepincangan dalam hal pemberian nafkah. 

BACA: “Tolong Jaga Anak Baik2”- Sebak! Isteri Sempat Bagi 5 Hint Terakhir Sebelum..

Gambar sekadar hiasan

Si suami bergaji RM7000 sebulan dan isterinya juga sama-sama bekerja sepertinya. Mereka baru setahun mendirikan rumahtangga tetapi tinggal berjauhan kerana faktor pekerjaan. Lelaki ini telah menjalankan tanggungjawabnya dalam pemberian nafkah. Namun, apa yang menjadi masalah apabila si isteri tidak berpuas hati kerana menerima nafkah yang tidak sampai 5% daripada gaji bersih suaminya iaitu hanya RM300 sebulan. 

Gambar sekadar hiasan

Berikut adalah komen yang diberikan isteri tersebut di ruangan Facebook milik Azizul Azli lalu dikongsikannya semula sebagai cerminan bersama netizen. 




Gambar sekadar hiasan

Macam tak berbaloi dapat RM300

Saya rasa tak adil.. Kalau gaji 2/3 ribu saya faham

Isteri ini berasa tidak puas hati bukan kerana jumlahnya yang tidak cukup. Tapi dia rasa tak berbaloi kerana ketidakseimbangan antara nilai gaji bersih suami itu dengan nafkah dirinya. Berikut adalah penjelasan dari pihak suami pula.

Gambar sekadar hiasan

Gaji bersih saya 7000 sebulan. Rumah, bil api air saya bayar

Walaupun bergaji tinggi namun komitmen suami ini juga tinggi di mana selepas tolak segala perbelanjaan bulanan tinggallah bakinya sebanyak RM1500. RM300 telah diberikan pada isterinya secara konsisten setiap bulan. 

Lepas bagi nafkah saya tinggal 1500.. inilah saya ulang alik jumpa isteri

Saya suka usaha suami ni

Menurut lelaki bernama Azizul Azli yang juga merupakan seorang penulis dan motivator ini, dia merasakan tindakan si suami adalah betul dan rasional kerana mempunyai sikap suka menabung. Ini terbukti apabila dia memiliki dua tabung ASB, di mana ia bagus untuk sebarang keperluan di masa depan sedangkan ramai individu hari ini terdorong untuk membelanjakan habis sebahagian besar gaji mereka untuk perkara suka-suka berbanding dengan membuat simpanan. 




Apa yang penting bagi Azizul adalah berbincang dan komunikasi antara suami isteri supaya si suami tidak menjadi lebih tertekan menanggung beban kewangan seorang diri. 

Sumber: FB Azizul Azli Ahmad




Artikel Popular