Viral

Konon Disantau, Penghidap COVID-19 Pilih Berubat Dengan Dukun Akhirnya ‘Pergi’

Konon Disantau, Penghidap COVID-19 Pilih Berubat Dengan Dukun Akhirnya ‘Pergi’

Sharing is caring!

Bomoh dan dukun bukan lagi satu fenomena pelik pada zaman yang serba moden kini, bahkan ia sudah wujud sejak zaman nenek moyang lagi. Rata-rata percaya serta menganggap dukun merupakan sumber rujukan dalam mengubati masalah-masalah kesihatan yang dialami. Pelik bukan? Tetapi itulah realiti di mana pemikiran sebahagian masyarakat kita masih tertinggal di belakang.

BACA : Bercinta Tapi Asyik Putus, Bila Berubat Baru Tahu Rupanya Ada Yang Menghantar

Pengasuh alami demam selama seminggu

Baru-baru ini, tular satu kisah mengenai seorang pengasuh dari negara jiran pergi menghadap Ilahi gara-gara lambat bertindak. Memetik laporan daripada Tribunnews, difahamkan individu berkenaan awalnya mengalami demam selama seminggu namun enggan pergi ke pusat perubatan berdekatan. Sebaliknya, dia memilih untuk mendapat perkhidmatan dukun bagi mengubati masalah ‘aneh’ yang dialaminya.


Konon Disantau, Penghidap COVID-19 Pilih Berubat Dengan Dukun Akhirnya ‘Pergi’
Kredit Foto : Tribun Bali

Hilang selera makan & sukar diajak bersembang..

Ekoran itu, majikannya kemudian menghantar pulang ke kampung halaman dengan menggunakan kereta peribadi. Malangnya sebaik sahaja sampai di kampung, pengasuh terbabit langsung tidak ke klinik mahupun pusat kesihatan berdekatan. Lama-kelamaan keadaan kesihatannya semakin merosot apabila mula rasa lemah, hilang selera makan serta sukar diajak berkomunikasi.

Konon Disantau, Penghidap COVID-19 Pilih Berubat Dengan Dukun Akhirnya ‘Pergi’
Gambar Sekadar Hiasan

Dukun beritahu terkena buatan orang

Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini, keluarga individu berkenaan memutuskan untuk membawanya mendapatkan rawatan daripada dukun. Melihat keadaan lemah serta tidak henti memuntahkan cecair merah, dukun berkenaan memaklumkan bahawa dia sebenarnya terkena buatan orang.


Konon Disantau, Penghidap COVID-19 Pilih Berubat Dengan Dukun Akhirnya ‘Pergi’
Gambar Sekadar Hiasan

Disahkan positf COVID-19, jasad dikebumi ikut SOP

Bagaimanapun, keluarganya bergegas membawanya ke pusat perubatan bagi menjalani pemeriksaan bagi mengetahui status kesihatan individu tersebut sebelum disahkan positif COVID-19. Saban hari keadaannya semakin kritikal dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Jasadnya kemudian dikebumikan di pemakaman umum desa setempat dengan mengikut prosuder pengebumian COVID-19.

Konon Disantau, Penghidap COVID-19 Pilih Berubat Dengan Dukun Akhirnya ‘Pergi’
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Tribunnews


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Konon Disantau, Penghidap COVID-19 Pilih Berubat Dengan Dukun Akhirnya ‘Pergi’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram