Sewaktu sedang menuntut ilmu di peringkat sekolah rendah atau menengah, kita sering kali mendengar pesanan cikgu untuk bercinta di zaman universiti. Sebab itulah jika diintai semula, kebanyakan orang kerap juga bertemu jodoh sewaktu menuntut di institusi pengajian tinggi masing-masing. Namun begitu, timbul pula stigma lain kononnya seseorang itu akan single forever andai kata gagal menemui jodoh di zaman universiti.
BACA :Â Berbulan Kahwin Tapi Belum Merasa Rezeki Hamil, Wanita Ini Risau Perasaan Suami
Habiskan 90% masa di universiti sebagai single
Kedengaran mengarut, namun itulah yang dikecohkan oleh sesetengah kelompok masyarakat kita kini. Entah siapa yang mula beranggapan sedemikian rupa, namun tanggapan itu disangkal semula oleh seorang wanita bernama Ada Azam menerusi Twitternya. Buah fikiran yang dikongsikan tersebut nampaknya berjaya meraih perhatian netizen.Â
Bukan sikit mak bapak berhabis duit tu
Banyak menghabiskan masa sebagai single di zaman belajarnya, siapa sangka dia akhirnya bersatu hati dengan suami, Rejaie Arbee selepas tamat latihan industri. Dalam pada itu, dia berpesan kepada anak muda di luar sana agar tempoh belajar di universiti digunakan sebaiknya daripada sibuk memikirkan tentang urusan cinta sahaja.
Kenal di media sosial…Keluar bersama tengok bola
Mengulas lanjut tentang zaman siswazah dahulu, rupanya dia pernah bercinta iaitu di awal-awal semester dengan insan lain. Namun cinta tersebut tidak berkekalan sebelum Ada memilih untuk terus fokus sehingga tamat pengajiannya pada ketika itu. Tidak ketinggalan, wanita ini sempat juga bercerita sedikit detik perkenalan bersama ‘Encik Suami’ yang bermula di media sosial.
Kami berkenalan di media sosial. Keluar bersama sebab bak tengok bola. Saya bawa 3 orang kawan dan suami bawa adik perempuan dia. Dia memang bukan kawan saya. Totally stranger. Beberapa hari lepas tu, dia ajak saya couple. Lepas 3 minggu couple dia jumpa dan berbual dengan Abah. Terus cakap nak kahwin dengan anak pak cik. mula Kenal bulan 7 tahun 2010. Pada Disember 2011 kami berkahwin.Â
Sumber : Twitter Kakda