Tanggal 20 November lalu, isteri kepada angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar telah selamat melahirkan sepasang kembar secara czer di sebuah pusat perubatan swasta. Meskipun disarankan untuk bersalin lebih awal, namun beliau bersyukur kerana Dr. Halina mampu bertahan sehingga minggu ke-35.
BACA: Mahu 4 Anaknya Bergelar Doktor, Angkasawan Negara Dah Mula Ajarkan ‘Sesuatu’
Anak-anak teruja dapat jumpa adik kembar…Isabella & Natasha ambil peluang dukung adik kembar
Menerusi posting di Instagram sebentar tadi, Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi video tatkala tiba di rumah bersama Dr. Halina serta bayi kembar barunya. Lebih mengujakan apabila kepulangan mereka disambut gembira oleh Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Bukan sahaja ralit menatap, malah anak sulung dan keduanya mengambil peluang untuk mendukung adik mereka yang baru berusia 5 hari. Dalam pada itu, beliau turut berharap agar enam beradik tersebut sentiasa saling menyayangi.
Excited betul masing-masing dapat jumpa adik baru…Bella & Tasha nampak tak kekok dukung baby
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga teruja melihat suasana rumah Dr. Sheikh Muszaphar yang meriah dengan kegembiraan anak-anaknya. Selain turut mengucapkan tahniah, mereka memuji Sophea Isabella dan Sophea Natasha yang kelihatan tidak kekok tatkala mendukung kembar berkenaan. Secara keseluruhan, video tersebut telah berjaya meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar