Inspirasi

Siap Bawa Wheelchair Elektrik, Influencer Nekad Rentas Negeri Bantu Rakan Strok

Siap Bawa Wheelchair Elektrik, Influencer Nekad Rentas Negeri Bantu Rakan Strok
Rasaflix

Sharing is caring!

Sebut sahaja nama personaliti media sosial iaitu Hafiz Mahamad, pasti ramai mengenali keperibadiannya yang pemurah. September lalu, usahawan tersebut pernah tular kerana sanggup membatalkan segala urusan kerja demi membantu sahabatnya yang mengalami masalah kesihatan. Namun baru-baru ini, dia telah sekali lagi menziarah rakannya yang pernah menjadi ‘dulang boy‘ semasa majlis perkahwinannya.

BACA: Isteri Kongsi Pengalaman Rileks Bersalin Anak Kedua, Rupanya Hafiz Yang Pitam

Siap Bawa Wheelchair Elektrik, Influencer Nekad Rentas Negeri Bantu Rakan Strok

Siap Bawa Wheelchair Elektrik, Influencer Nekad Rentas Negeri Bantu Rakan Strok

Sanggup buat swab test & dapatkan kebenaran rentas negeri

Hafiz Mahamad mengakui bahawa berasa sebak apabila mengetahui keadaan sahabatnya yang tidak boleh berjalan selepas keluar dari pusat perubatan sebulan lalu. Susulan itu, influencer berkenaan mengambil keputusan melakukan swab test dan mendapatkan kebenaran merentas negeri. Namun sejurus sampai di Kelantan, dia sedih melihat kawan baiknya yang dikenali sebagai Loh semakin susut.


Siap Bawa Wheelchair Elektrik, Influencer Nekad Rentas Negeri Bantu Rakan Strok

Bantu bersihkan diri…gembira tengok kawan naik kerusi roda elektrik

Lebih mengharukan apabila Hafiz Mahamad tidak kisah ketika membantu bersihkan badan Loh. Dalam pada itu, influencer berkenaan tersenyum gembira tatkala melihat rakannya menaiki kerusi roda elektrik yang dihadiahkan. Sebelum pulang, dia juga sempat menghulurkan wang ‘sagu hati’ kepada ibu Loh.

View this post on Instagram

Saya taknak biarkan sahabat saya giveup dengan sakit dia Last month saya angkat dia ke hospital, harapan saya dia kuat & sembuh. Lepas 2 minggu stay hospital, dia boleh balik & mak dia jaga di rumah tapi sampai sekarang dia tak boleh berjalan lg Setiap hari saya call, sebab taknak sahabat saya ni rasa sunyi. Sebelum PKPD saya call & saje tanya “loh dh mandi ke?” Dia kata “belum hafiz, dari sejak lepas keluar hospital, hanya lap dgn kain basah je. Aku pun pakai pampers je” Sebak hati saya dengar, saya nak fly ke Kelantan time tu tak boleh sebab tak boleh rentas negeri Lepas beberapa minggu, saya buat swab test & Semalam saya decide untuk terus ke Balai Polis minta kebenaran. Alhamdulilah mereka benarkan untuk saya bantu sahabat. Besar pahala mereka, InsyaAllah Harini, bila sampai je rumah sahabat. Tengok dia dengan ber “pampers” & terbaring je. Selera makan kurang & badan pun makin kurus. Sebak hati ni, mata pun nak berair sebenarnya Saya cukur apa yg patut, bersihkan dia & guntingkan rambut. Handsome sangat dia, nampak ceria sangat Alhamdulilah Bila saya bawa kerusi electric tu. Sahabat saya nampak, mata dia terus berair & dia tahan. Saya angkat dia naik atas kerusi tu Ya Allah, happy sangat! Walaupun dia tak boleh berjalan, saya happy sebab boleh tengok dia bergerak dengan kerusi tanpa orang tolak. Dia happy sangat Aku sayang pada sahabat, sebab Allah yg wujudkan rasa rindu, pengorbanan ini & cinta dalam hati ini untuk sahabat Sahabat, “Aku akan ada sampai penghujungnya dengan mu” & tak akan aku lupa janji waktu kita kecil dulu sahabat 💕

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Besar sungguh nilai persahabatan mereka…satu dalam sejuta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan perasaan sebak melihat pengorbanan Hafiz Mahamad demi rakan baiknya. Selain itu, mereka mengakui bahawa nilai persahabatan influencer tersebut dengan Loh sangat bermakna.


Siap Bawa Wheelchair Elektrik, Influencer Nekad Rentas Negeri Bantu Rakan Strok

Siap Bawa Wheelchair Elektrik, Influencer Nekad Rentas Negeri Bantu Rakan Strok

Siap Bawa Wheelchair Elektrik, Influencer Nekad Rentas Negeri Bantu Rakan Strok

Siap Bawa Wheelchair Elektrik, Influencer Nekad Rentas Negeri Bantu Rakan Strok

Sumber: Instagram hafizmahamad


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes