Kehilangan ibu bapa sudah pasti menjadi detik yang begitu perit sekali untuk diterima oleh kita semua. Kasih sayang yang sudah terjalin sejak sekian lama tidak mungkin dapat dihapuskan begitu sahaja dan hanya kenangan yang tinggal sebagai satu-satunya ‘harta’ peninggalan. Rasa sedih itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apalagi pemergian itu berlaku ketika usia anak masih lagi muda. Berat untuk ditelan, namun itulah yang terjadi pada seorang kanak-kanak di Indonesia ini.
BACA :Â Kahwin 2 Tahun Tapi Suami Gila Lepak Sampai 3 Pagi, Isteri Pun Jadi Tawar HatiÂ
Tak pernah lelah membersihkan kota
Berita duka itu mula menjadi viral di segenap media sosial dan kisah sebenar di sebaliknya begitu meruntun hati netizen. Menurut perkongsian daripada sebuah akaun Instagram, ibu kanak-kanak tersebut yang bernama Lina memilih pekerjaan sebagai tukang pembersihan demi menyara hidupnya. Setiap hari, anak lelakinya itu akan mengikutnya membuat kerja tersebut sebagai peneman ketika mencari rezeki.
Sering ditemani anaknya yang masih kecil…menunggu ibunya bekerja
Malangnya ketika wanita berusia 37 tahun itu sedang bertugas membersihkan kawasan jalan raya, sebuah kereta telah meluru datang ke arahnya. Menurut laporan daripada The Reporter juga, si pelaku rupanya sedang memandu dalam keadaan mengantuk. Selain itu juga, berita Tagar Id melaporkan bahawa bahagian kepala Allahyarhamah Lina mengalami kondisi yang paling teruk dan dia menghembuskan nafas terakhir ketika sedang dibawa ke pusat rawatan.Â
Hilang kerana Allah lebih menyayanginya
Lebih merobekkan jiwa lagi, anak yang ditinggalkan Lina nampaknya gagal menahan sebak setelah mengetahui pemergian ibunya itu. Mana tidaknya, sudahlah hanya tinggal berdua dengan seorang lagi adik beradik, kini mereka hilang pergantungan apabila si ibu pergi buat selama-lamanya.
Sumber : Instagram Makassar Info , The Reporter dan Portal Tagar Id