Bagi peminat setia saluran TV3, pastinya anda begitu biasa menyaksikan kelibat seorang pemuzik terkenal bernama Faizal Uzir atau nama pentasnya, Lok-U. Lelaki berusia 40 tahun ini merupakan orang kuat yang mengetuai kumpulan muzik bagi kebanyakan rancangan di siaran televisyen tempatan itu. Namun menerusi laporan daripada pihak Astro Awani sebentar tadi, dia dikhabarkan sudah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya yang bertempat di Bukit Jalil.
BACA :Â Jangan Suka Hati Bagi Pada Anak Anda, Rupanya Ubat Batuk Boleh Mengundang Ajal
Sesak nafas selepas berjoging
Melalui laporan juga, Allahyarham mula mengalami sesak nafas teruk selepas selesai membuat aktiviti berjoging. Terkejut dengan kejadian itu, isterinya iaitu Jamariah Yusof segera menghubungi ambulans untuk dibawa ke pusat kesihatan. Namun Allah lebih menyayanginya dan dia disahkan pergi buat selamanya sekitar jam 11 pagi tadi. Sebelum dibawa pulang ke rumah sebagai penghormatan terakhir kepada ahli keluarga, jasadnya kini berada di sebuah pusat rawatan di Serdang untuk menjalani post mortem.
Sempat muat naik gambar 2 hari lalu
Dalam pada itu, pemergian Allahyarham bukan sahaja ditangisi oleh isteri malahan 4 lagi orang anaknya iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan juga Yasmin Dania. Menjengah kepada akaun Instagram rasmi miliknya, Allahyarham Lok-U sempat memuat naik sekeping gambar pada 2 hari lalu. Namun siapa menduga, itu adalah posting terakhir sebelum dia dijemput menghadap Ilahi hari ini.
Sumber : Facebook Astro Awani dan Gempak, Intagram Faizaluzir