Viral

Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China

Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China

Sharing is caring!

Belum habis lagi musim penularan Influenza A di Malaysia sejak hujung tahun lepas, dunia kini dikejutkan pula dengan sebuah wabak baru bernama ‘Coronavirus‘. Mula merebak di daerah Wuhan, pihak kerajaan China menegaskan agar penduduknya tidak bergerak ke luar kawasan demi mengelakkan penyebaran berlaku dengan lebih meluas. Malangnya kerisauan semakin memuncak memandangkan jutaan penduduk bakal keluar masuk di sekitar wilayah terjejas sempena sambutan Tahun Baru Cina yang tinggal beberapa hari saja lagi.

BACA : Allah Tarik Nikmat Sihat-Wanita Dedah 5 Hari Mengerikan Terkena Influenza A

Mempunyai persamaan dengan virus SARS

Menurut perkongsian daripada Public Health Malaysia, virus misteri tersebut dikatakan berpunca daripada sebuah pasar basah yang turut menjual haiwan-haiwan eksotik. Meskipun pasar itu sudah ditutup segera selepas dikatakan menjadi punca penularan virus, namun South China Morning Post mendedahkan ia mudah merebak melalui seorang manusia ke manusia lain.

Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China
Kredit Foto : South China Morning Post

Petanda awal adalah sesak nafas serta demam

Antara simptom awal untuk mengesan bahawa seseorang telah terkena wabak ini adalah mengalami sesak nafas, demam mahupun pneumonia. Lebih membimbangkan, wabak corona iniĀ  rupanya mempunyai persamaan dengan penularan virus SARS (Sindrome Pernafasan Akut Teruk) yang pernah mengakibatkan banyak kehilangan jiwa pada tahun 2003.

Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China

Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China
Kredit Foto : South China Morning Post
Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China
Kredit Foto : Yicai Global

Belum ada rawatan & vaksin khusus

Melalui laporan Sinar Harian pula, wabak misteri ini dikatakan belum mempunyai rawatan khusus apalagi vaksin sebagai penawar kepada peghidapnya. Gara-gara itu, orang ramai dinasihati peka dengan kesihatan keluarga masing-masing dan elakkan berada di kawasan umum. Bukan itu sahaja, aspek kebersihan sewaktu menyediakan makanan juga merupakan langkah penting bagi mengurangkan risiko berhadapan virus tersebut dan seumpamanya.

Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China

Sumber : Public Health Malaysia, Sinar Harian, South China Morning Post, Yicai Global

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram