Berita Semasa

Semata-Mata Cari Akses Internet Untuk Kelas Online, 3 Pelajar Jatuh Jambatan

Semata-Mata Cari Akses Internet Untuk Kelas Online, 3 Pelajar Jatuh Jambatan
Rasaflix

Sharing is caring!

Umum mengetahui pandemik Covid-19 yang sedang melanda memberi impak besar terhadap pelbagai sektor, termasuklah pendidikan. Justeru, alternatif pembelajaran secara atas talian atau online telah dilaksanakan bagi mengurangkan risiko wabak tersebut makin berleluasa. Namun begitu, pelajar yang kurang bernasib baik terpaksa keluar dari tempat tinggal masing-masing demi mendapatkan akses internet yang agak terhad.


BACA : [VIDEO] Dulu Cuma Pelajar, Tak Sangka Mengajar Satu Sekolah Dengan Cikgu Lama

3 pelajar jatuh masa cari akses internet di bahagian tertentu jambatan gantung

Walau bagaimanapun nasib malang telah menimpa 3 pelajar dari Ranau, Sabah apabila terjatuh dari sebuah jambatan gantung. Difahamkan, mereka berada di lokasi kejadian untuk mencari akses internet bagi menjalani online class. Insiden yang berlaku di Kampung Gusi kira-kira jam 9 malam pada Isnin lalu telah menyebabkan salah seorang daripada mereka dimasukkan ke pusat rawatan gara-gara mengalami kecederaan di kaki.

Semata-Mata Cari Akses Internet Untuk Kelas Online, 3 Pelajar Jatuh Jambatan

Cuma satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet di kampung tersebut…

Difahamkan lagi, jambatan yang mempunyai ketinggian 18 meter dari aras sungai ini adalah satu-satunya kawasan yang mendapat capaian internet di sana. Menurut penduduk kampung, insiden tersebut berlaku ketika ketiga-tiga mereka sedang berada di tengah jambatan sebelum runtuh. Capaian internet di Kampung Gusi dikatakan agak teruk, tetapi lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung terbabit.


Semata-Mata Cari Akses Internet Untuk Kelas Online, 3 Pelajar Jatuh Jambatan
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Berita Harian

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Semata-Mata Cari Akses Internet Untuk Kelas Online, 3 Pelajar Jatuh Jambatan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram