Viral

Selepas Abam Bocey, Ashraf Sinclair Pula Bertemu Ilahi Secara Mengejut Pagi Ini

Selepas Abam Bocey, Ashraf Sinclair Pula Bertemu Ilahi Secara Mengejut Pagi Ini

Sharing is caring!

Jika minggu lalu kita dikhabarkan dengan pemergian pelawak terkenal iaitu Abam Bocey, hari ini sekali lagi peminat dikejutkan dengan berita sama apabila Ashraf Sinclair pergi bertemu Ilahi. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang dan siapa menduga, aktor Malaysia yang mendirikan rumah tangga bersama Bunga Cinta Lestari pada 2008 itu menghambuskan nafas terakhir sekitar jam 4.00 pagi tadi ketika usianya menginjak 40 tahun.

BACA : Ditemui Tertangkup Tak Bernyawa Di Rumah, Rupanya Guru Ini Ada Masalah Jantung

Pemergian dirasai meskipun sudah berhijrah ke Indonesia

Walaupun namanya tidak begitu disebut-sebut dalam industri hiburan tempatan memandangkan dia sudah berhijrah ke Indonesia selepas mendirikan rumah tangga, namun berita ini pasti dirasai oleh segenap lapisan peminat. Tambahan pula, berita tersebut seolah-olah menambah pilu tatkala kita belum habis bersedih dengan pemergian seorang pelawak tempatan sebelum ini.

Selepas Abam Bocey, Ashraf Sinclair Pula Bertemu Ilahi Secara Mengejut Pagi Ini

Hembus nafas akhir sebab heart attack

Menurut laporan daripada Berita Harian, aktor yang dilahirkan di London ini dikatakan mangalami heart attack sebelum pergi buat selama-lamanya. Berita kehilangan itu disampaikan sendiri oleh pengurus Allahyarham kepada pihak media sebelum ia sampai ke pengetahuan umum sebentar tadi. Dalam pada itu, Bunga Citra Lestari kini harus meneruskan hidupnya sebagai balu bersama anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun, Noah Aidan.

Selepas Abam Bocey, Ashraf Sinclair Pula Bertemu Ilahi Secara Mengejut Pagi Ini

Ramai ucap takziah pada posting terakhir

Melihat kepada Instagram Ashraf Sinclair sendiri, Allahyarham sempat memuat naik sekeping gambar sejak 3 hari lalu. Mengetahui berita mengejutkan itu, ratusan rakan artis serta para peminat mula mengucapkan takziah selain berdoa rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

View this post on Instagram

Manhatten steam

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

Sumber : Instagram Ashraf Sinclair dan Berita Harian

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Selepas Abam Bocey, Ashraf Sinclair Pula Bertemu Ilahi Secara Mengejut Pagi Ini

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram