Baru-baru ini Idzham Ismail, 35, berkongsi pendapatnya tentang kerjaya di dalam dunia lakonan. Pelakon tersebut yang mempunyai pengalaman menjadi anak seni selama 11 tahun, menyatakan pendapatnya bahawa dia amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjiwai karakter yang ‘baik’ tidak seperti watak yang pernah diterima dahulu.
BACA: Comel Sangat Rasa Nak Gigit Imam Shah Goyang Berlakon Dengan Hannah Delisha
Ini baru kali kedua diberikan watak ‘baik’ …
Pelakon itu lalu berkata bahawa dia akhirnya puas hati dengan watak yang dibawa apabila dia mendapat sambutan positif dari penonton dan khalayak ramai.
” Ini merupakan kali kedua saya dapat bawa watak ‘baik‘ “
Dia berasa sangat terharu dengan komen positif peminat drama tersebut yang menunggu kehadiran wataknya di dalam series drama diadaptasi dari Novel Siti Rosmizah Ismail itu.
Risau tak “perform” macam yang dimahukan
“Saya agak risau juga sebenarnya kerana novel ni ada kelompok peminatnya sendiri dan agak dikenali ramai.”
“Jadi saya takut tak dapat bawa watak Ikram ni mengikut apa yang pembaca novel ni jangkakan”
“Tapi alhamdullilah lega rasanya bila dapat komen-komen yang positif dan mereka suka dengan cara saya bawa watak ‘Ikram‘”
Anak kelahiran Kajang, Selangor itu juga berkata bahawa dia berharap karakter Ikram menjadi batu loncatan bagi mendapatkan lagi watak-watak yang baik.
@idzham_ismail Bismillah , Allah benarkan saya membawa watak Ikram dalam Drama Andai Itu Takdirnya Drama dari adaptasi novel yang paling laris Inshaallah . More days to come ❤️ #andaiitutakdirnya
Sangat bersyukur atas peluang yang diberikan …
Pelakon tersebut juga sempat untuk mengucapkan terima kasih terutamanya kepada penulis novel tersebut, Siti Rosmizah Ismail kerana memberikannya kepercayaan dan peluang melakonkan watak tersebut.
“Siti Rosmizah orang pertama yang bagi nama saya sebagai watak protagnist ni.”
“Selama 11 tahun berlakon, susah saya nak dapat watak baik, selalu dapat jadi jahat je saya”
“Watak baik ni kalau salah bawa boleh tenggelam, alhamdullilah respon yang saya dapat dari peminat, mereka tunggu kehadiran watak ‘Ikram’ sebab ibarat ‘penyejuk’ dalam drama ni.”
Drama Andai Itu Takdirnya juga dibintangi oleh Syukri Yahya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana serta Dayang Areeda.
KREDIT: Media Hiburan & Instagram Idzham Ismail