Mengkaji semula corak perkembangan industri pekerjaan sehingga sekarang, ternyata graduan IPTA dan IPTS berdepan detik getir kerana ramai yang terkandas memiliki kerjaya bersesuaian dengan bidang. Memang benar rezeki masa depan itu bergantung kepada usaha seseorang, namun tidak salah sekiranya kita melakukan persiapan awal. Khususnya kepada lepasan SPM 2019 yang pastinya sedang sibuk memikirkan hal itu, kalian digalakkan untuk memilih bidang bertepatan.
BACA :Â Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya
Sambung belajar dalam bidang yang diminati
Sejak kecoh mengenai berita keputusan SPM yang sudah keluar sejak minggu lalu, beberapa individu tampil berkongsikan pendapat mereka. Bukan sahaja tidak digalakkan mengikut kawan, malahan lebih baik memilih jurusan yang sesuai dengan minat serta kemampuan masing-masing. Pastinya keputusan itu bakal dipengaruhi desakan ibu bapa, namun komunikasi 2 hala sangat penting demi masa depan sendiri.
Jangan pandang rendah kemahiran teknikal
Tidak ketinggalan, golongan muda juga digalakkan untuk bersikap lebih terbuka dalam mencuba bidang kemahiran meliputi institusi seperti politeknik serta kolej vokasional. Sesungguhnya, bukan IPTA dan IPTS sahaja yang menjadi pilihan tetap untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sudah memasuki tahun 2020, institusi kemahiran tidak wajar dipandang rendah kerana ia sebenarnya mempunyai demand yang tinggi dalam mengisi keperluan industri.
80% graduan kemahiran dapat kerja lepas habis belajar
Memetika kenyataan yang pernah dikeluarkan pihak Harian Metro, sebilangan 80 peratus lepasan graduan bidang kemahiran sebenarnya berjaya memperolehi pekerjaan sejurus tamat pengajian. Ini sekali gus membuktikan bahawa mereka yang memiliki sijil kemahiran telah diiktiraf oleh industri.
Sumber : Twitter Megat Ali, Tok Ketua, Harian Metro