Bukan sahaja pendapatan harian yang dirisaukan, malahan pendidikan anak juga menjadi isu membimbangkan di kalangan ibu bapa di musim COVID-19 ini. Hendak membuat kelas secara online, tidak semua murid mempunyai akses sedemikian rupa. Guru juga pastinya sibuk tatkala perlu menguruskan keluarga yang berada di rumah. Meskipun perintah berkurung diarahkan oleh pihak kerajaan, ada pula yang meluahkan rasa tak puas khususnya kepada golongan cikgu.
BACA :Â Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak Buat Bantahan
Saya cadang gaji guru dipotong
Tidak berpuas hati mengenangkan guru-guru masih dibayar gaji penuh meskipun sedang bercuti, beberapa individu berharap pendapatan pendidik dipotong untuk disalurkan kepada insan lain. Ada juga yang mendesak agar guru-guru segera membuat perbincangan semula tentang silibus pembelajaran anak-anak murid.
Selama ini, guru tak pernah berkira wang ringgit
Kesal melihat mentaliti sedemikian rupa, seorang guru bernama Fadli Salleh tampil membuat luahan hati di Facebooknya semalam. Menurut pendidik ini, rupanya dia pernah mendengar paksaan orang ramai yang mahu guru-guru kembali ke sekolah kerana merasakan tidak adil apabila gaji terus dibayar. Walhal hakikatnya, guru juga mempunyai tanggungan yang besar dan tidaklah sentiasa senang seperti tanggapan ramai orang. Jika difikirkan kembali, sebelum ini golongan pendidik tidak pernah berkira melaburkan wang sewaktu menjalankan pembelajaran bersama pelajar.
Guru tetap berusaha menyampaikan ilmu
Selain itu, Cikgu Fadhli juga mengingatkan semula tentang kegigihan guru menyampaikan ilmu dengan 1001 macam cara. Maka di akhir perkongsian, beliau berharap pihak-pihak tertentu tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataa sedemikian rupa. Katanya, apa yang berlaku sekarang adalah salah satu kesan COVID-19 dan bukannya sengaja tidak mahu bertugas semula di sekolah.
Sumber : Facebook Cikgu Mohd Fadhli Salleh