Artis

Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Sharing is caring!

Tidak cukup dengan berita kecelakaan jalan raya yang dialami oleh Lee Kwang-soo beberapa minggu lalu, peminat Running Man dikejutkan pula kononnya Ji Suk-jin mahu mengundurkan diri daripada rancangan tersebut. Seperti sudah kita ketahui sebelum ini, ia merupakan variety show Korea Selatan paling lama bersiaran sejak 2010. Pastinya, niat hati yang disuarakan oleh ahli paling berusia itu sedikit mengejutkan ramai.

BACA : [VIDEO] Best Macam Episod Lama, Running Man Kembali Dengan Game Human Bowling

Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Rasa diri tak sesuai untuk rancangan Running Man

Menurut laporan daripada portal Soompi, hal ini didedahkan sendiri menerusi sebuah video di laman YouTube rasmi Ji Suk-jin. Mengimbas semula dilema yang pernah dihadapi, dia mengakui ada terfikir untuk menarik diri sebanyak 3 kali berturut-turut. Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pengacara, peranan pemain yang diberikan dalam Running Man sebenarnya menjadi cabaran besar buatnya.


Saya berjumpa sendiri dengan pengarah dan nekad berhenti daripada Running Man. Saya rasa tak banyak membantu dan diri saya tak sesuai untuk rancangan ini. Jadi mungkin lebih baik saya mengundurkan diri.

Terus bangkit apabila mendapat sokongan kru produksi

Bahkan di musim-musim awal penyiaranan, lelaki berusia 54 tahun itu sangat sukar menyesuaikan diri kerana format seorang pengacara dan pemain adalah sangat berbeza. Namun tahun demi tahun, dia dapat ‘menghadam’ segalanya selepas mendapat sokongan daripada pihak produksi serta pemain Running Man sendiri. Disaat kariernya sebagai pengacara hampir merundum beberapa tahun lalu, ternyata keputusan menyertai Running Man membawa tuah besar buat Ji Suk-jin.


Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Jihyo dilayan teruk…Netizen gesa tarik diri

Dalam masa sama, muncul pula gesaan daripada ramai netizen Korea agar Song Ji-hyo berhenti menyertai Running Man. Merasakan bahawa aktres tersebut bagai mendapat layanan buruk setelah dianaktirikan sejak akhir-akhir ini, netizen menjadi kurang senang apabila wajahnya semakin kurang mendapat tempoh siaran.

Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Running Man macam keluarga…Kalau ada yang pergi, rasa kosong

Berbanding 10 tahun dahulu, perwatakan Jihyo pada episod terbaru dilihat semakin tenggelam. Enggan melihat ketidakadilan itu terus berlaku kepada selebriti cantik tersebut, netizen berpendapat bahawa mengundurkan diri adalah jalan terbaik. Secara keseluruhan, peminat menjadi sedih dan berharap semuanya baik-baik sahaja.


Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Sumber : Facebook Koreaboo Portal Soompi dan Pan Choa

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kecoh Sukjin-Jihyo Tinggalkan Show Running Man, Netizen Sebak & Buat Bantahan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram