Berita Semasa

4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti KKM, 69 Jangkitan Pula Jenis Sporadik

Sharing is caring!

Memasuki hari ke-21 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak dinafikan bahawa laporan perkembangan semasa mengenai penularan COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sering dinantikan oleh seluruh masyarakat. Menerusi laporan rasmi yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi, difahamkan jumlah kumulatif positif wabak tersebut hampir mencecah angka 4 ribu manakala angka kematian pula kini telah meningkat sebanyak 63 individu.

BACA: Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19

KKM berjaya kenal pasti 4 kluster terbesar COVID-19

Menerusi perkembangan yang dimuat naik ke laman sosial rasminya pula, KKM memaklumkan bahawa terdapat 4 jenis kluster terbesar yang menyumbang kepada peningkatan jumlah individu dijangkiti koronavovirus setakat ini. Senarai itu didahului oleh perhimpunan tabligh di Seri Petaling pada hujung Februari lalu iaitu sebanyak 42% daripada angka keseluruhan. Manakala bakinya pula terdiri daripada kluster penduduk di Kuching yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali, perhimpunan keagamaan di daerah sama dan juga majlis perkahwinan di Bangi yang dikatakan telah membentuk jangkitan sehingga generasi kelima.

4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti KKM, 69 Jangkitan Pula Jenis Sporadik

69 jangkitan ‘sporadik’ masih tak diketahui punca

Dalam pada itu, hasil siasatan KKM turut mendapati bahawa 69 rekod positif COVID-19 di negara ini diklasifikasikan sebagai ‘sporadik’ atau langsung tidak diketahui dari mana punca jangkitan berlaku. Oleh sebab itu, kesemua petugas kesihatan awam dan swasta disyorkankan agar mengambil langkah berjaga-jaga seperti sentiasa memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang lengkap apabila merawat semua orang yang hadir ke klinik mahupun pusat perubatan awam.

4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti KKM, 69 Jangkitan Pula Jenis Sporadik

Sumber: Twitter KKMPutrajaya

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti KKM, 69 Jangkitan Pula Jenis Sporadik

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram