Ketika masih bujang, masa seseorang itu memang akan dihabiskan bersama kawan rapat. Apabila salah seorang tengah bersedih, merekalah yang akan sentiasa bersama di kala suka dan duka . Namun, semuanya berubah apabila masing-masing telah mendirikan rumah tangga.
BACA : [VIDEO] Kejung Disakat Biri-Biri, Lelaki Cuak Sampai Panjat Badan Member
Jarang untuk berjumpa dengan kawan-kawan…rindu nak macam dulu
Menerusi perkongsian di Facebook, saudara Firdaus Shakirin menyatakan fasa ini memang normal dan dirasai oleh setiap individu. Hal ini timbul bukan kerana salah faham, tetapi jarak serta kesibukan menjalankan tanggungjawab kepada keluarga masing-masing. Bukan sahaja kehidupan diri akan berubah malah rakan-rakan yang lain turut merasai perubahan ini. Justeru sudah menjadi lumrah apabila bergelar seorang isteri, waktu bersama kawan-kawanlah yang paling dirindui.
Berkawan je dengan sesiapa yang masih ada…walaupun bilangan kurang tapi merekalah yang bermanfaat
Mengulas tentang kewajaran untuk bersedih gara-gara ini, Firdaus Shakirin menyatakan bahawa ia adalah lumrah dalam fasa kehidupan. Baik lelaki mahu pun wanita yang sudah berkeluarga, masing-masing akan terbatas untuk menjalani kehidupan sama seperti zaman bujang. Walaupun dulu bilangan kawan-kawan ramai dan masih ada yang berhubungan, tetapi hakikatnya bukan semua bermanfaat untuk diri sendiri. Hal ini kerana kualiti seorang sahabat adalah jauh lebih bernilai daripada bilangannya.
Sumber : Facebook Firdaus Shakirin