Viral

[VIDEO] Diperli Malas Sebab Kerja Warung, Sekali Rupanya Bakal Student PhD

[VIDEO] Diperli Malas Sebab Kerja Warung, Sekali Rupanya Bakal Student PhD
Rasaflix

Sharing is caring!

Sudah menjadi kebiasaan golongan anak muda zaman sekarang bekerja sementara tunggu sambung belajar kan? Misalnya, mereka akan membuat pekerjaan seperti penghantar makanan, perniaga atas talian dan bermacam lagi. Selain mengisi masa terluang, mereka juga boleh memperoleh pendapatan sampingan. Namun hakikatnya golongan ini tak mampu lari daripada tanggapan negatif orang lain tentang kerja part time yang sedang diusahakan.


BACA: [VIDEO] Diperlekeh Kerja Kerajaan, 3 Beradik Frontliners Buat Netizen Kagum

Diperlekeh sehingga dibandingkan dengan anak customer…gadis ini ternyata pemegang Master

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Cik Qis membuka cerita bahawa dirinya pernah diperlekeh oleh seorang individu yang tak dikenali ketika bekerja di sebuah warung makanan. Bukan sahaja dibandingkan dengan anak lelakinya, pak cik tersebut juga melabelnya sebagai seorang yang pemalas hanya kerana bekerja di sana. Namun realitinya, Cik Qis baru sahaja menghabiskan program Master malah sedang menuggu kemasukan untuk Ijazah Kedoktoran atau PhD pula pada Mac akan datang.

@babyqis93

Mampu senyum je laa 😅 fyp jangan lupa komen. Biar pakcik ni tengok😂#fyp #tiktokmalaysia #fypp

♬ Jedag Jedug – Dony ??

Fikiran segelintir masyarakat memang macam tu…pernah kena tapi diam je & akhirnya buktikan

Secara keseluruhannya, video berdurasi 10 saat itu telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan rata-rata netizen tumpang bangga dengan kejayaan dikecapinya setakat ini. Selain berkongsi pengalaman lebih kurang sama dengan gadis tersebut, mereka turut terinspirasi dan berharap dapat mengikut jejak langkahnya.


[VIDEO] Diperli Malas Sebab Kerja Warung, Sekali Rupanya Bakal Student PhD [VIDEO] Diperli Malas Sebab Kerja Warung, Sekali Rupanya Bakal Student PhD [VIDEO] Diperli Malas Sebab Kerja Warung, Sekali Rupanya Bakal Student PhD

Sumber: TikTok @Cik Qis

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Diperli Malas Sebab Kerja Warung, Sekali Rupanya Bakal Student PhD

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram