Bagi ibu yang sedang hamil, perasaan berinteraksi dengan anak dalam kandungan merupakan moment yang paling bermakna. Selain untuk menjalinkan hubungan rapat, ibu juga dapat mengetahui sama ada janin yang dikandungnya berada dalam keadaan sihat atau sebaliknya.
BACA: Baru Buat Surprise Minggu Lepas, Usahawan Reda Isteri 2 Bulan Hamil Keguguran
Selalu tekan, mesti ada yang tendang balik… tapi sekarang tak rasa apa-apa dah
Akan tetapi, semua itu tidak dirasakan lagi oleh seorang ibu muda dari Indonesia ini. Isofah Nurul Nova berasa pilu apabila tidak lagi merasakan tindak balas apabila perutnya ditekan lembut seperti dahulu. Selain itu, selera makannya juga sudah tiada. Ibu muda tersebut turut akui berasa tidak bahagia dan mula berasa depress seolah-olah segala impiannya sudah musnah.
@isofahnurulnova Patah hati yang paling sakit😭
@isofahnurulnova Cuma bisa ngelupain lewat video😭
Gugur waktu baby usia 6 bulan… hanya dapat tengok muka sekali sahaja, pegang pun tak dapat
Rupa-rupanya, Isofah telah mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 6 bulan. Lebih menyedihkan lagi, ibu berkenaan tidak dapat menyentuh dan hanya menatap wajah anaknya sekali sahaja. Selain itu, wanita tersebut turut berasa terkilan kerana tidak berhati-hati ketika melakukan sesuatu.
@isofahnurulnova Berbahagialah di surga sayangku🙏🥺
Bila tengah pregnant baca cerita macam ni, dah boleh bayangkan betapa peritnya perasaan tu…
Video berdurasi 14 saat berkenaan telah meraih lebih 1 juta tontonan setakat ini. Rata-rata netizen memohon supaya Isofah terus bersabar menghadapi dugaan tersebut. Selain itu, mereka juga berkongsi pengalaman dan meluahkan rasa risau.
Sumber: TikTok Isofah Nurul Nova