Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila pemuda bernama Azhar Ali berkongsi kejayaan dirinya telah mendapat tawaran biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA). Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak serta mendapat pelbagai ucapan tahniah atas kejayaan bermakna tersebut.
BACA :Â Reka Bentuk Sut Angkasa Lepas, Pemuda Tak Sangka Terima Biasiswa Dari NASA..
Tak ada sesiapa yang rasa pelik ke?
Namun begitu, kesahihan mengenainya telah diragui segelitir netizen sekali gus mencari kebenaran di sebalik cerita terbabit. Hasil pencarian mereka mendakwa namanya tiada dalam portal rasmi NASA dan mendapati program yang dikatakan itu hanyalah untuk warganegara atau penduduk tetap Amerika Syarikat sahaja.
Saya akan jelaskan semuanya..
Sekitar pagi tadi, pemuda berusia 20 tahun itu menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada dirinya. Menerusi status yang dimuat naik di Twitter, Azhar menyatakan dirinya telah ditipu oleh scammer yang tidak bertanggungjawab. Akuinya lagi, dia telah menyertai pertandingan yang dikategorikan di bawah pimpinan NASA dan menerima emel dua minggu kemudian mengatakan bahawa dirinya terpilih sebagai 1% skor terbaik.
Takkan minta maaf sebab saya pun ditipu
Tambahnya lagi, dia juga sudah menghubungi pihak yang sepatutnya untuk mendapat pengesahan berhubung biasiswa ditawarkan. Justeru Azhar berharap agar masyarakat berhenti membuat spekulasi yang tidak benar tentang pihaknya. Tegas pemuda ini lagi, dia juga tidak akan meminta maaf atas alasan dirinya telah ditipu.
Dalam masa yang sama, saya ada dapat satu emel yang tak jelas daripada NASA. Saya kemudian kemukakan surat ke laman web rasminya untuk mendapat hak saya. Saya harap perkara ini dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai sebelum berkongsi sesuatu kepada umum & saya juga tidak akan minta maaf kerana saya sendiri telah ditipu.
Sumber : Twitter theotherazhal