Baru-baru ini, tular video memaparkan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz ditahan pihak polis kerana dipercayai telah mengganggu ketenteraman awam serta ditemukan dalam keadaan lalok menerusi laporan beberapa portal berita. Bagaimanapun ibu pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ ini, Siti Hafizah Basharil memberitahu anaknya itu dalam keadaan baik dan menegaskan supaya orang ramai tidak terus menjatuhkan hukum.
BACA : Padah Curi Wang & Harta Benda Orang Lain, Aliff Aziz Didenda Ribuan Ringgit?
Saya tak ingat apa jadi waktu tu, banyak cerita keluar
Terbaharu, wanita tersebut ada memuat naik satu video memaparkan penyanyi itu ketika berada di sebuah kedai makan menerusi Facebook. Dalam paparan berdurasi 3 minit 39 saat itu, Aliff mengulas lanjut tentang insiden yang telah menimpa dirinya. Malah dia turut berterima kasih kepada semua orang yang telah mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepadanya.
Cakap-cakap buruk orang adalah pahala untuk saya
Tambah bekas suami kepada selebriti Bella Astillah ini lagi, dia tidak mahu membalas segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya dan menganggap ia sebagai pahala. Jelas bapa tunggal ini, apa yang terjadi itu sangat berat kerana ia melibatkan rohani dan mentalnya. Dalam pada itu, Aliff berharap agar tahun hadapan akan memberikan sesuatu yang baru buat dirinya.
Belajar dari kesilapan, keluarga sentiasa ada
Melalui video itu juga, Siti Hafizah turut menasihati Aliff supaya selalu belajar daripada kesilapan yang dilakukannya dan keluarganya akan sentiasa ada memberikan sokongan dalam apa jua keadaan sekalipun.
Sumber : FB S Hafiza Basharil , Harian Metro