Baru-baru ini, pelakon Erra Fazira telah menerima tawaran sebagai penyampai radio di Sinar FM sekali gus akan menemani ‘Duo SINAR’, Hefny dan Falyq. Mereka berdua kelihatan sangat teruja malah sangat mengalu-alukan kehadiran bekas ratu cantik tersebut ke dalam studio berkenaan.
BACA:Â Mujur Tak Jadi Ulat Bulu, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil
Terima kasih Erra kerana merahsiakan kita punya perasaan
Difahamkan, kebetulan hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Erra Fazira dan Jep kononnya mahu jadi orang pertama wish malah turut menyediakan ucapan ringkas. Dia juga dengan berani sempat bergurau supaya perasaan di antara mereka berdua terus dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
Saya simpan rahsia ni…Tapi kalau kena sumbat bubur cili lagi, saya jalan dululah
Sebentar tadi, Erra Fazira yang ternyata memang sudah melihat rakaman tersebut turut tinggalkan komen buat pelawak berkenaan. Dia juga sempat mengimbas kembali detik di mana Jep terpaksa makan semangkuk bubur khas beserta segenggam cili padi yang dimasak Sari Yanti. Malah, aktres tersebut akui tidak akan bertanggungjawab andai kejadian tersebut berulang semula.
@sariyantimn musim kan… #fyp #foryoupage #fypã‚· #jepsepahtu #sariyanti musimbubur@Jeptapan
@jeptapan Betul ke memang tengah musim bubur sekarang? #fyp #fypã‚· #foryoupage
Buat hal lah Jep…Abang tak takut dengan Kak Sari ke?
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat penyampai radio berkenaan. Dalam pada itu, masing-masing juga berkesempatan mengucapkan selamat ulang tahun buat primadona filem Melayu tersebut.
Â
Sempena ulang tahun yang ke-49, netizen turut menitipkan doa supaya Erra sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Kredit: Instagram sinar_my & TikTok sariyantimn