Viral

Mujur Tak Jadi ‘Ulat Bulu’, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil

Mujur Tak Jadi ‘Ulat Bulu’, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil
Rasaflix

Sharing is caring!

Bagi yang tidak tahu, semalam merupakan hari istimewa buat para jejaka iaitu Hari Lelaki Sedunia. Sempena tarikh itu, ‘Geng Pagi Di Sinar’ yang terdiri daripada Jep, Rahim dan Angah membincangkan topik ciri-ciri lelaki idaman bagi para wanita.

BACA: Tak Kisah Kena Perli Ikut Kehendak Bini, Bahagiakannya Punca Rezeki Melimpah

Bincang tentang ciri-ciri lelaki idaman, sekali bini Jep buat prank jadi pemanggil

Pemanggil pertama dikenali sebagai Ina dan dikatakan menyukai lelaki tinggi serta pandai bermain bola. Tak semena-mena, Jep mula tersipu-sipu malu apabila individu berkenaan terus menerangkan ciri-ciri lelaki idamannya sebagai seorang yang hormat kepada ibu bapa. Apabila terbongkar bahawa Ina sebenarnya Sari Yanti, pelawak berkenaan terus menjadi tak keruan pula.

Mujur Tak Jadi ‘Ulat Bulu’, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil


Mujur Tak Jadi ‘Ulat Bulu’, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil

“Awak pun ada ciri-ciri wanita idaman saya” Rahim kekal steady je

Selepas itu, mereka menerima pemanggil seterusnya pula yang dikenali sebagai Nora. Walau bagaimanapun, kedua-dua ahli kumpulan Sepahtu terus mengenali suara wanita berkenaan sebagai isteri Rahim iaitu Kolin Abdullah. Menurut Kolin, ciri-ciri lelaki idamannya merupakan seseorang yang bersaiz sederhana mempunyai misai sedikit serta penyayang persis Rahim. Demi mengekalkan imej steady, Rahim turut menyatakan bahawa isterinya juga mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

Terbaiklah Sari Yanti & Kolin… Nasib ‘ulat bulu’ tak naik lagi

Di ruangan komen, rata-rata netizen akui terhibur melihat reaksi kedua-dua penyampai radio Sinar FM tersebut. Di samping itu, ada juga yang berseloroh mujurlah mereka tidak menunjukkan sangat perangai nakal seperti sebelum ini.

Mujur Tak Jadi ‘Ulat Bulu’, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil


Mujur Tak Jadi ‘Ulat Bulu’, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil

Mujur Tak Jadi ‘Ulat Bulu’, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil

Mujur Tak Jadi ‘Ulat Bulu’, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil

Sumber: IG sinar_my


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Mujur Tak Jadi ‘Ulat Bulu’, Jep & Rahim Blushing Bila Bini Prank Jadi Pemanggil

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes